suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daniel Fong mahu peluk Islam jika berjodoh gadis Melayu 

Daniel Fong sedia untuk peluk Islam.

PELAKON Daniel Fong yang sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya sama sekali tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan wanita Melayu dan bersedia untuk memeluk agama Islam.

Menurut Daniel, 33, soal perbezaan agama dan bangsa bukan satu penghalang besar buat dirinya asalkan kedua-dua pihak bersikap toleransi dan saling memahami.

Daniel akui sudah bersedia untuk tamatkan zaman bujang. 

"Kalau kami bersedia, saya okey untuk peluk Islam. Kalau jumpa jodoh Melayu, mestilah kami kena memahami antara satu sama lain. Saya faham agama dia, dan dia kena tahu keluarga saya juga.

"Keluarga saya okey. Dulu memang mereka kata tidak, tapi sekarang sudah longgar dan tak kisah dengan siapa sahaja jodoh saya. Asalkan dia ikhlas dengan saya," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Daniel berkata dia tidak terdesak untuk berkahwin dalam masa terdekat walaupun rakan-rakan sebayanya sudah ramai mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Fong boleh berlakon buka baju demi watak - “Badan saya not bad”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fasih bahasa Thailand, Daniel Fong terlepas peluang lebarkan sayap ke luar negara

Jelas aktor drama Kerana Seorang Lelaki itu, dia tidak menafikan wujud sedikit tekanan daripada keluarga berhubung soal jodoh, namun keutamaannya kini tertumpu pada kerjaya seni.

"Tak terdesak pun. Saya letak karier nombor satu. Saya merupakan anak tunggal dan keluarga pun ada tanya mengenai jodoh. Ada juga rasa tertekan daripada keluarga. 

"Tapi macam saya cakap, tidak terdesak pun. Cuma sekarang ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga," ujarnya. 

Daniel sukakan wanita yang sukakan kecergasan. 

Bercerita mengenai ciri-ciri wanita idamannya, Daniel berkata mahu mencari seorang yang positif dan berfikiran matang. 

"Saya ada ciri-ciri idaman saya sendiri iaitu perempuan yang sukakan kecergasan, positif dan matang. 

"Saya lebih memilih wanita yang muda daripada saya. Tapi, kalau sudah jodoh yang lebih tua, tidak mengapa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain