PENYANYI Adira Suhaimi mengakui tidak terkejut dengan khabar angin mengenai perancangan perkahwinan bekas suami dan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.“Saya tak terkejut (berita perkahwinan) pun, saya sentiasa mendoakannya termasuk kebahagiaan dan kesejahteraan dia. “Semoga yang baik-baik untuknya, insya-Allah. Kalau bertemu jodoh baru alhamdulillah,” ujarnya. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding tuntutan pengesahan lafaz rujuk yang diadakan di Mahkamah Gombak Barat, Selangor pada Khamis. Adira mendoakan yang terbaik buat Adnan. Adira mendedahkan empat cahaya matanya masih belum menerima jemputan untuk menghadiri majlis berkaitan perkahwinan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang dikhabarkan bakal berlangsung pada Julai ini.Penyanyi lagu Sayang Orang Sama itu berkata jemputan itu sepatutnya disampaikan lebih awal, namun berkemungkinan terdapat perkara yang belum selesai di pihak bekas suaminya.“Sepatutnya dia menjemput anak-anak lebih awal tapi mungkin ada perkara yang belum selesai oleh pihak dia (Adnan). “Mungkin ditunda (jemputan) pula bulan hadapan, jadi kita doakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada pemberita. ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red dedah bakal nikah Julai depan ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak permohonan tarik balik kes pengesahan rujuk Datuk Red terhadap Adira Ditanya sama ada dia pernah bertemu wanita yang bakal mengahwini Adnan, Adira menjelaskan perkara itu tidak pernah berlaku dan tidak merasakan ia satu keperluan.“Saya pun tiada masa inikan lagi pula nak berjumpa dengan sesiapa. “Tiada dan tidak perlu,” katanya. Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Adnan mendedahkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita pilihan hati pada Julai depan.Adnan hadir ke mahkamah ditemani bakal isteri. Adnan memberitahu wanita berkenaan merupakan seorang usahawan bernama Rohanita, 35 tahun, dan berstatus ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.Untuk rekod, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun , 7, dan Ayob, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!