suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami isteri ditahan bersama pelbagai jenis dadah, rampasan dianggarkan RM3.59 juta 

Tangkapan dan rampasan dilakukan dalam serbuan di Kulai.

 

KEGIATAN sepasang suami isteri dipercayai aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini tumpas apabila mereka diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kulai, Johor.

Penahanan tersebut sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai jutaan ringgit.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun dan isterinya yang berusia 34 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 10.50 malam, 25 Jun lalu.

"Polis merampas 26.94 kilogram pelbagai jenis dadah dengan anggaran nilai pasaran sebanyak RM3.59 juta.

"Rampasan itu membabitkan 16 paket methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 21.76 gram, serbuk ekstasi seberat 1.88 gram, tiga paket ketamin seberat 682 gram, 1,621 biji pil ekstasi dan 6,400 biji pil Erimin 5," jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak awal Januari 2026 dengan menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi penyimpanan dan pembungkusan semula sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Tambah beliau, suspek lelaki turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan didapati positif methamphetamine, manakala isterinya negatif ujian saringan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman bermula 26 Jun hingga 1 Julai bagi membantu siasatan.

Dalam serbuan sama, polis turut menyita tiga buah kereta, wang tunai RM25,000 serta barang kemas bernilai RM18,000, menjadikan keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan mencecah RM3.8 juta.

Apa membimbangkan, Ab Rahman turut mendedahkan keseluruhan dadah dirampas itu dianggarkan mampu digunakan oleh seramai 90,277 penagih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di Johor diminta menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Johor menerusi talian hotline 012-2087222. -The Star

Artikel Lain