suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Transformasi perniagaan tanpa bebanan kewangan

Dengan memanfaatkan pendigitalan, PKS boleh mengembangkan perniagaan dan kekal berdaya saing dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.

SEJAK berdekad lamanya, tulang belakang ekonomi Malaysia dipaksikan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Mewakili sebanyak 97.4 peratus daripada keseluruhan perniagaan di negara ini serta menyumbang 39.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 2024, sektor berkenaan dilihat memainkan peranan amat penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. 

Daripada kedai runcit di kawasan kejiranan dan bengkel milik keluarga sehinggalah perniagaan tempatan yang mempunyai cita-cita untuk menembusi pasaran serantau, PKS terus menggerakkan komuniti melalui peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.

Ketika Malaysia melangkah pantas ke arah era yang mengutamakan digital, satu dilema senyap membara dalam fikiran setiap pemilik perniagaan.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, pengurusan operasi secara sistematik kini menjadi satu keperluan asas bagi setiap perniagaan.

Namun, hakikatnya, kebanyakan PKS masih terperangkap dengan "cara lama" untuk menguruskan perniagaan mereka.

Ramai yang masih bergantung kepada simpan kira manual menggunakan buku nota untuk merekod transaksi, menyimpan resit di dalam fail fizikal serta mengurus kewangan menggunakan sistem asas, sebelum menyemak transaksi satu demi satu secara manual pada hujung setiap bulan.

Kaedah-kaedah ini memakan masa, terdedah kepada kesilapan manusia dan tidak memberikan gambaran sebenar tentang kedudukan kewangan kepada pemilik perniagaan.

Ini bukanlah disebabkan oleh usahawan yang enggan berubah, sebaliknya kebanyakan mereka berdepan dengan pelbagai kekangan dan cabaran.

Mengapa PKS masih teragak-agak

Hasil kajian pasaran menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran utama yang menyebabkan usaha peralihan digitalisasi dalam kalangan PKS bergerak dengan lebih perlahan.

- Kos operasi yang semakin meningkat

Tinjauan MSME 2024 oleh Visa Malaysia yang melibatkan 800 PKS mendapati bahawa 57 peratus responden berdepan peningkatan kos operasi, 55 peratus responden pula terkesan oleh kadar inflasi yang tinggi, manakala 52 peratus responden menghadapi peningkatan kos berkaitan tenaga kerja.

Keadaan ini menyebabkan ramai pemilik PKS sukar menyediakan peruntukan untuk pelaburan jangka panjang seperti pendigitalan perniagaan.

- Tahap kematangan digital yang masih rendah

Kajian yang sama turut mendapati bahawa 45 peratus perniagaan melihat peningkatan produktiviti sebagai sebab utama untuk beralih kepada penyelesaian digital.

Namun begitu, kadar penggunaan teknologi masih belum menyeluruh. Hanya 46 peratus daripada PKS menggunakan penyelesaian digital bagi pengurusan kewangan dan perakaunan. Ini menunjukkan masih terdapat jurang bagi usaha meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam operasi perniagaan.

- Kebimbangan terhadap keselamatan siber

Isu keselamatan siber dan privasi data merupakan antara tiga kebimbangan utama bagi kebanyakan PKS di Malaysia.

Menurut laporan Malaysia Cybersecurity Insights 2024, serangan Ransomware-as-a-Service (RaaS) meningkat sebanyak 45 peratus, dengan PKS menjadi sasaran utama. Ancaman ini menyebabkan banyak perniagaan lebih berhati-hati sebelum melaksanakan transformasi digital.

Memecahkan halangan pendigitalan

Menyedari rintangan yang dihadapi oleh PKS, Maybank memperkenalkan inisiatif myimpact SME untuk membantu PKS meleraikan halangan dan atasi isu-isu berkaitan kos, kerumitan dan keselamatan dalam proses pendigitalan.

myimpact SME dibangunkan sebagai ekosistem bersepadu yang menyeluruh untuk memenuhi pelbagai keperluan PKS, daripada pembiayaan dan pengurusan aliran tunai, sehinggalah ke operasi dan keupayaan digital.

Dengan ekosistem ini, PKS boleh mengakses pelbagai penyelesaian digital melalui platform SME Partner Tools Maybank merangkumi tiga bidang utama, iaitu perakaunan, pengurusan sumber manusia (HR), serta pengurusan jualan dan inventori.

Pelanggan baharu PKS Maybank yang menghubungkan akaun perniagaan mereka ke platform SME Partner Tools Maybank boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif untuk membantu peralihan digital, manakala langganan percuma sehingga enam bulan turut disediakan supaya para pemilik perniagaan boleh membiasakan diri dengan sistem digital tersebut sebelum membuat komitmen jangka panjang. 

Tambahan lagi, pilihan rakan kongsi dalam platform ini juga telah dipilih khas oleh Maybank untuk membantu memenuhi keperluan perniagaan pada setiap peringkat pertumbuhan.

Platform kukuh berasaskan kepercayaan

Maybank Bank Feed telah menerima pengiktirafan di Anugerah Inovasi Perusahaan ASEAN Business Platform (AIBP) pada tahun 2025.

Teras kepada ekosistem SME Maybank adalah penyelesaian Maybank Bank Feed API. Sistem ini membolehkan penyegerakan automatik dalam masa nyata antara akaun perniagaan Maybank dengan perisian perakaunan pihak ketiga.

Ini bermakna, setiap transaksi direkodkan secara automatik dan data kewangan diselaraskan terus antara bank dan platform digital pilihan syarikat, lalu menghapuskan salah satu cabaran yang paling memakan masa dalam pengurusan kewangan PKS.

Daripada manual kepada digital

Kesan penggunaan sistem digital ini dapat dilihat secara langsung dalam operasi harian perniagaan.

Platform perakaunan digital membolehkan rekod kewangan diselenggarakan secara sistematik, dengan keterlihatan aliran tunai masa nyata, laporan automatik, serta pematuhan cukai dengan LHDN, termasuk e-invois.

Hasilnya? Pemilik perniagaan dapat mengurangkan masa untuk mengurus dokumen dan boleh memberikan lebih tumpuan untuk perkembangan syarikat.

Bagi pengurusan para pekerja pula, sistem penyelesaian HRMS bersepadu membantu mengautomasikan kehadiran, pengurusan cuti dan pengiraan gaji yang menjimatkan masa, mengurangkan risiko kesilapan serta memastikan proses gaji sentiasa terkini serta mematuhi keperluan berkanun seperti KWSP, Perkeso, EIS dan potongan cukai bulanan.

Dalam aspek pengurusan jualan dan inventori pula, sistem bersepadu POS menyediakan keterlihatan stok masa nyata, pemprosesan pembayaran yang lancar serta data jualan yang boleh membantu membuat keputusan perniagaan dengan lebih tepat berkaitan pembelian, promosi dan operasi harian.

Haluan PKS pada masa hadapan

Mesej untuk PKS kini jelas: digitalisasi bukan lagi pembeza PKS tetapi ianya kepentingan asas yang diperlukan di dalam operasi perniagaan. Persoalan utama bagi PKS Malaysia hari ini bukan lagi sama ada syarikat perlu beralih kepada digital atau tidak, tetapi bagaimana untuk melaksanakan digitalisasi tanpa menjejaskan operasi, bebanan kewangan atau komitmen jangka panjang kepada sistem, alat dan peranti yang tidak bersesuaian dengan kehendak perniagaan. 

Kejayaan dalam era digital tidak bergantung kepada penggunaan perisian paling mahal, sebaliknya pilihan peralatan yang tepat yang boleh membantu menjimatkan masa dan kos dalam jangka panjang.

Sama ada anda seorang pemilik perniagaan berpengalaman atau baru hendak bertatih dalam perniagaan, Maybank telah membuka laluan dengan menyediakan pelbagai penyelesaian untuk membantu anda berkembang.

Pelanggan PKS baharu boleh membuka akaun perniagaan dan melayari halaman myimpact SME untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ekosistem rakan kongsi serta tawaran yang tersedia.

Bagi pelanggan sedia ada pula, sila layari halaman SME Partner Tools Maybank untuk memautkan akaun perniagaan terus dengan salah seorang rakan kongsi penyelesaian digital kami. 

Untuk maklumat lanjut, layari maybank.my/myimpactsme.

Uruskan kos yang semakin meningkat dan tekanan aliran tunai dengan inisiatif pembiayaan bersasar Maybank SME Perkasa untuk PKS yang terkesan akibat konflik Asia Barat. Ketahui lebih lanjut di maybank.my/smeperkasa.

 

Artikel Lain