BAU busuk dari sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang, Selangor, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dalam bagasi.Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan pada Ahad selepas penemuan mayat berkenaan. Menurutnya, setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sumbat mayat gadis 17 tahun dalam bagasi, heret naik skuter!"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan.Dia turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Nur Ayuni Aziz di talian 0162080717 atau menghubungi talian kecemasan MERS 999.