MAJLIS Agama Islam Selangor (Mais) mengarahkan satu pertemuan segera diadakan antara pihak terlibat bagi menyelesaikan kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular sejak Khamis lalu.Pihak-pihak tersebut terdiri daripada waris si mati, pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam; Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Menurut Pengerusi Mais, Datuk Salehuddin Saidin, pertemuan itu penting agar kemelut berkenaan dapat diselesaikan dan kes sama tidak berulang di masa akan datang."Mais memberi jaminan semua dapatan hasil siasatan pihak polis, sama ada daripada aspek jenayah, kecuaian atau salah faham komunikasi antara pihak terbabit akan diambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab," menurut kenyataan pada Isnin.Salehuddin turut menggesa semua pihak agar memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan telus dan adil ke atas kes berkenaan.Dalam pada itu, Salehuddin berkata Mais juga akan menilai semula proses pengurusan jenazah untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan yang sewajarnya."Ini untuk memastikan pengurusan jenazah orang Islam dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, teratur dan cekap serta memenuhi tuntutan syarak," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya waris serah borang palsu... Jais jelaskan punca jenazah terbiar dalam liang lahad, nafi masjid tuntut RM1,400ARTIKEL BERKAITAN: Isu jenazah terbiar dalam liang lahad belum ada noktah, waris si mati anggap kenyataan Jais fitnah dan berniat jahatARTIKEL BERKAITAN: Tujuh laporan polis diterima isu jenazah ‘terbiar’ dalam liang lahadPada Ahad, mStar melaporkan polis menerima tujuh laporan berhubung isu pengurusan pengebumian jenazah remaja perempuan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.Sebelum ini, waris arwah Siti Adawiyah Muhammad Hasrul, 14, yang meninggal dunia pada Khamis akibat kebocoran usua membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan yang menurutnya telah mencemarkan nama baik keluarga mereka.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya susulan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Sabtu.Pada Sabtu, Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan lanjut mendapati Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam yang dikemukakan waris kepada pengurusan tanah perkuburan adalah palsu.Jais turut menegaskan kelewatan urusan pengebumian bukan berpunca daripada pihak masjid, sebaliknya disebabkan kekeliruan waris yang menyerahkan sepenuhnya urusan pengebumian kepada BKS, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai hubungan dengan pihak masjid.Susulan kenyataan tersebut juga, waris mangsa turut membuat sidang media pada petang Ahad bagi menyangkal kenyataan Jais selain menuntut institusi agama itu mengemukakan bukti kewujudan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam yang didakwa palsu.