suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan lepaskan peluang, PM umum tambang LRT3 percuma selama sebulan!

LRT3 mula beroperasi pada Isnin.

PENGGUNA LRT3 Laluan Shah Alam boleh menikmati perkhidmatan percuma selama sebulan bermula Isnin hingga 31 Julai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, tambang percuma itu turut melibatkan perkhidmatan bas pengantara kendalian Prasarana Malaysia Berhad di sepanjang Laluan Shah Alam.

"Mulai 29 Jun, iaitu esok, sehingga 31 Julai, tambang bagi perkhidmatan Laluan Shah Alam dan bas pengantara di sepanjang Laluan Shah Alam adalah percuma selama sebulan.

"Tetapi mengapa laluan ini? Kerana ini merupakan antara laluan paling sesak di negara kita. Apabila sesak, ia memberi beban yang sangat besar kepada rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh LRT Johan Setia pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: LRT 3 Laluan Shah Alam mula operasi Isnin depan

Terdahulu, Anwar menaiki tren LRT3 dari Stesen Seri Andalas ke Stesen Johan Setia yang mengambil masa kira kira 15 minit sebelum merasmikan pelancaran Laluan Shah Alam.

Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamdan.

Projek LRT3 Laluan Shah Alam yang melibatkan pelaburan berjumlah RM16.63 bilion merupakan antara pelaburan strategik kerajaan bagi memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam negara. - The Star.

 

Artikel Lain