MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Laluan LRT3 Shah Alam yang dinanti-nantikan akan mula beroperasi sepenuhnya bermula 29 Jun.Menurutnya, majlis perasmian laluan tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini. “Majlis itu ketika ini dirancang bakal berlangsung di depot utama Laluan LRT3.“Laluan tersebut kemudiannya akan mula beroperasi sepenuhnya untuk orang ramai pada keesokan harinya, iaitu Isnin,” katanya.Dia berkata demikian sewaktu sidang media selepas merasmikan cawangan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur pada Isnin.Laluan Shah Alam pada asalnya dijadualkan mula beroperasi pada 2025 selepas pembinaannya bermula pada 2017, namun pelancarannya beberapa kali ditangguhkan tahun lalu.Mengulas mengenai insiden tren tergelincir berhampiran stesen LRT Chan Sow Lin pada 28 Mei lalu, Loke berkata laporan penuh berhubung kejadian itu dijangka siap minggu ini, manakala kerja pembaikan di Laluan Ampang masih diteruskan.