suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal bertanding di PRN Negeri Sembilan? Ini jawapan ringkas KJ

KJ bakal turun padang bersama jentera Umno untuk berkempen sempena PRN Johor.

BEKAS ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata dia akan turun padang bersama jentera parti itu semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya Johor ditetapkan pada 27 Jun dengan pengundian awal pada 7 Julai dan hari pengundian pada 11 Julai.

“Ya saya akan berada di sana,” katanya kepada media secara ringkas selepas pelancaran kempen Safe Child, Strong Nation oleh Persatuan Perlindungan Kanak Kanak Malaysia di Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: SPR umum 11 Julai dan 1 Ogos tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan

Apabila ditanya sama ada akan bertanding dalam PRN Negeri Sembilan, Khairy sekadar berkata soalan itu sebaiknya diajukan kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya tidak tahu, anda perlu tanya parti,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

PRN Negeri Sembilan dijadual berlangsung pada 1 Ogos. 

Dewan Undangan Negeri itu dibubarkan pada 5 Jun susulan penarikan sokongan oleh 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN).

Artikel Lain