suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MUDA umum tiga lagi calon PRN Johor, ketua staf Syed Saddiq pun bertanding

MUDA umumkan tiga lagi nama calon PRN Johor. -Foto Bernama

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan tiga lagi calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, selain mempertahankan satu-satunya kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya lalu.

Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz membuat pengumuman tersebut di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Muda mempertaruhkan ketua bahagian Kulai, M Premanand, 53, untuk bertanding di kerusi Bukit Batu, manakala ketua penerangan bahagian Muar, Muhammad Amir Fiqri, 30, dicalonkan bagi kerusi Maharani.

Seorang lagi calon, Ainie Haziqah Shafii, 36, akan mewakili parti itu di kerusi Simpang Jeram.

Mengulas mengenainya, Pengarah Pilihan Raya Muda Johor, Rasid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga calon berkenaan mempunyai latar belakang serta pengalaman berbeza yang boleh ditawarkan kepada rakyat.

"Premanand mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang kejuruteraan, pembuatan dan latihan, manakala Ainie Haziqah merupakan seorang peguam serta aktivis sosial.

"Muhammad Amir pula berkhidmat sebagai ketua staf kepada Ahli Parlimen Muar," ujarnya menerusi kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Muda mengumumkan Rashifa Aljunied sebagai calon bagi kerusi Puteri Wangsa yang dimenangi Amira Aisya pada PRN Johor 2022, sekali gus menjadi satu-satunya kemenangan parti itu dalam pilihan raya negeri berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian, manakala hari penamaan calon dijadualkan berlangsung pada 27 Jun. -The Star

Artikel Lain