TIDAK pernah mengetepikan pengundi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan 'buah tangan' terbaharu untuk mereka.Menerusi hantaran di Instagram pada Isnin petang, Ahli Parlimen Muar itu mengumumkan dia baru sahaja menyumbangkan sebanyak RM115,000 buat penduduk di kawasannya. "Alhamdulillah. Dapat kerja sambilan dan shooting baharu lagi. Saya sumbangkan terus RM115,000 ke Muar."Beli 1,000 bakul makanan dan 30 buah laptop. Pagi sampai petang di Parlimen, malam teruskan kerja sambilan," tulisnya ringkas.Seperti diketahui umum, Syed Saddiq dan tunangnya, penyanyi Bella Astillah merupakan duta kepada beberapa jenama fesyen dan produk kecantikan.Ogos lalu, mStar melaporkan Syed Saddiq berjaya mengumpul RM2 juta sejak melibatkan diri sebagai duta pelbagai produk dan kesemua hasilnya disalurkan untuk penduduk Muar.ARTIKEL BERKAITAN: MUDA umum tiga lagi calon PRN Johor, ketua staf Syed Saddiq pun bertandingARTIKEL BERKAITAN: Lapan bulan kerja jadi duta produk, Syed Saddiq berjaya kumpul RM2 juta untuk MuarDalam pada itu, Ketua Turus dan Pegawai Perhubungan Parlimen Muar, Muhammad Amir Fiqri yang baru diumumkan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor turut memuat naik satu video mengenai Syed Saddiq."Ini kisahnya bagaimana kita boleh berikan bantuan sebanyak itu. Pagi ke petang, saya dengan Saddiq pergi ke Parlimen. Paling kurang, kita jumpa menteri untuk dapatkan penjelasan secara terus untuk bantu Muar. "Malam pula sedikit berbeza, kita jadi Batman sebenarnya… kan nak shooting Hollywood. Kenalah kerja keras. Buat part time, asalkan dana cukup untuk bantu orang ramai."Seratus peratus duit ini adalah gaji kerja Hollywood yang kita buat tu lah. Jadi siap kerja di Parlimen dan part time Hollywood, saya akan turun dan agih kepada komuniti memerlukan," ujarnya pada Isnin."Dah cukup dana, kita sampaikan terus tanpa kerenah birokrasi. Ingatlah, rakyat ini sebenarnya maharaja kita. Kita cumalah pemegang amanah bagi mewakili rakyat. Itulah tugas wakil rakyat," ujarnya.