suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sakit bukan alasan, ramai sejuk mata tengok 3 penghuni wad solat Subuh berjemaah - “Jarang-jarang nampak macam ni”

Foto tiga pesakit yang sedang solat berjemaah itu tular di media sosial.

FOTO tiga pesakit lelaki yang sedang menunaikan solat berjemaah di dalam sebuah wad hospital mengundang perhatian netizen.

Di tepi dinding berhadapan katil, seorang pesakit lelaki dilihat mengimamkan dua jemaah yang juga penghuni wad berkenaan.

Malah, salah seorang daripada mereka dilihat menunaikan solat secara duduk di atas kerusi.

Ruangan itu pula dihampar dengan tikar dan sejadah sewaktu mereka menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Foto berkenaan tular selepas ia dikongsi oleh seorang jururawat wanita dikenali sebagai di Threads miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru bersalin dedah perangai buruk wanita Rohingya dalam wad... Paling tak boleh lupa kejadian selisih di tandas!

"Jarang-jarang nampak pesakit solat berjemaah macam ni. Sejuk hati misi-misi tengok pemandangan indah Subuh yang hening ni.

"Alhamdulillah. Semoga pesakit-pesakit cepat sembuh ya. Terima kasih indahkan pemandangan kami pagi ini," tulis jururawat itu.

Foto itu menerima lebih 25,000 tanda suka (likes) dan turut dihujani pujian netizen.

"Mereka tahu Allah yang beri sakit, yang menyembuhkan pun Allah. Berdoa dan bersujudlah kepada-Nya sebagai tanda kehambaan.

"Kita yang tengok gambar ni pun rasa sejuk dan nyaman. Seronok. Apatah lagi yang tengok depan mata.

"Semoga pesakit-pesakit tersebut 'diangkat' sakit mereka dan diberi kesembuhan segera," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain