suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu jenazah terbiar dalam liang lahad belum ada noktah, waris si mati anggap kenyataan Jais fitnah dan berniat jahat

Jais menegaskan kelewatan urusan pengebumian bukan berpunca daripada pihak masjid.

WARIS yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah membuat satu laporan polis susulan kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Sabtu.

Salinan laporan itu tular selepas ia dikongsi menerusi akaun Facebook aktivis kebajikan yang juga Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official.

Pengadu, dipercayai datuk si mati, membuat laporan polis, mendakwa kenyataan media Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad adalah fitnah dan berniat jahat.

Dalam laporannya, pengadu berkata dia tidak pernah berurusan dengan pihak masjid seperti didakwa. 

Mr Wan Cai Official pula memberitahu pihaknya akan meneliti dan mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan berdasarkan bukti-bukti yang ada.

Salinan laporan polis yang tular di Facebook.

Katanya, waris si mati juga akan membuat satu sidang media pada petang Ahad bagi menjelaskan kronologi sebenar kes berkenaan.

Sebelum ini, Jais mendedahkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam yang dikemukakan waris kepada pihak pengurusan tanah perkuburan didapati palsu, sekali gus menyebabkan satu laporan polis dibuat pada Jumaat.

Pada masa sama, Jais tegas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam mengenakan bayaran RM1,400 kepada waris bagi membolehkan urusan pengurusan jenazah diteruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya waris serah borang palsu... Jais jelaskan punca jenazah terbiar dalam liang lahad, nafi masjid tuntut RM1,400

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa buat tahlil walau liang lahad masih terbuka... NGO jelaskan kejadian jenazah dihalang dikebumikan, dakwa permit ditahan

Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati jenazah berkenaan merupakan ahli kariah masjid tersebut yang meninggal dunia pada Khamis lalu.

Katanya, pada peringkat awal waris berurusan dengan Badan Kebajikan Salaturrahim (BKS) bagi tujuan pengurusan jenazah dan berhasrat mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana yang terletak di bawah seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Bapa si mati kemudian berjumpa pembantu pengurus masjid berkenaan pada pukul 10.30 pagi bagi mendapatkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam sebelum pihak masjid mengeluarkan dokumen berkenaan pada pukul 11.15 pagi selepas menerima Daftar Kematian asal.

"Pihak masjid turut dimaklumkan bahawa datuk si mati berkeras mahu urusan jenazah diuruskan oleh Badan Kebajikan Salaturrahim (BKS)," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu itu.

Sebelum ini, Yang Dipertua BKS, Wan Shahir mendakwa kelewatan pengebumian berlaku selepas permit pengebumian ditahan sehingga menyebabkan jenazah dibiarkan di dalam liang lahad kira-kira satu jam 20 minit.

Artikel Lain