DALAM kesibukan mencari rezeki, ada kalanya ibu atau bapa terpaksa membawa anak kecil bersama ke tempat kerja apabila tiada ahli keluarga atau penjaga yang boleh membantu melihat mereka.Namun bagi seorang wanita, pengalaman membawa anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun ke rumah pelanggan untuk menyiapkan dekorasi majlis hari jadi menjadi satu detik duka yang sehingga kini cukup sukar dilupakan. "Pada satu hari tu aku datang untuk set-up birthday deco customer, bawa anak sekali sebab tak ada siapa tolong jaga."Biasa la event macam tu of course banyak makanan, aku siap deco dekat pukul 11 pagi. Normal la budak mana boleh nak cover lapar dia, dan masa tu anak aku hanya berumur tiga tahun Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya lincah dan aktif kerana mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. -Gambar hiasan AI"Aku dah pesan, later kita pergi makan okay abang, mummy kemas-kemas dah ni," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.Menurut wanita berkenaan, anaknya kemudian ternampak meja hidangan pencuci mulut yang dipenuhi pelbagai jenis kuih yang menarik perhatiannya.Dia bagaimanapun sempat memujuk anak kecilnya supaya bersabar dan menunggu sehingga selesai mengangkat barang ke dalam kereta."Tapi dia dah start merengek dan nampak ada meja dessert dan kuih. Dia cakap, sedapnya kuih seri muka tu mummy. Masa tu sebelah tuan rumah je.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih sejarah berulang... Anak kena ‘body shaming’, dipanggil comot sebab berkulit gelapARTIKEL BERKAITAN: Anak buat-buat muntah selepas disuap udang, ibu hilang sabar libas si kecil ‘picky eater’ pakai penyangkut baju! "Aku letak barang dekat kereta, eh anak aku boleh ambil seri muka tu satu. Padahal dah pesan. Iyalah anak tiga tahun kan, bukannya boleh tahan sangat lapar tu."Lepas tu tuan rumah tu dengan muka macam dah frust cakap, boleh tak ajar anak tu jangan ambil-ambil makanan. Kalau rasa mengganggu, jangan bawa anak masa kerja," kongsinya mengimbas kembali kata-kata yang dituturkan tuan rumah.Wanita itu mengakui dirinya tersentak mendengar bait ayat berkenaan apatah lagi ia disertai dengan reaksi wajah yang kurang menyenangkan oleh tuan rumah."Aku sedih sangat sebab dia hanya budak tiga tahun. Aku cakap, maaf sangat-sangat kak, nanti akak bagi QR, saya bayar la kuih yang anak saya ambil ye. Maaf sangat-sangat. "Then dia blah dan jeling kami anak beranak. Aku dekat situ terpaksa tepuk (pukul) tangan anak aku, dia menangis sampai masuk kereta sambil terlelap pegang kuih seri muka tu dan tak makan pun," tulisnya lagi.Seorang wanita membawa anak berusia tiga tahun ketika menyiapkan dekorasi di rumah pelanggan kerana tiada penjaga.Anak kecilnya yang lapar mengambil seketul kuih di meja hidangan.Tuan rumah menegur wanita itu dan memintanya tidak membawa anak ketika bekerja.Wanita itu memohon maaf serta menawarkan untuk membayar kuih berkenaan.Netizen bersimpati dengan wanita itu dan menganggap teguran tuan rumah keterlaluan.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati malah menyifatkan tindakan tuan rumah agak keterlaluan kerana 'berkira' dengan seorang anak kecil.Namun ramai turut memuji wanita berkenaan kerana menunjukkan rasa tanggungjawab apabila segera memohon maaf serta menawarkan untuk membayar kuih yang diambil oleh anaknya."Sedihnya... sampai hati eh. Budak tu sorang ja. Bukan satu kelas . "Pantang betul kalau berkira tentang makanan... dengan budak-budak pula tu. Nak maki tapi kena sabar," demikian antara komen netizen.