SETIAP pasangan mempunyai cara tersendiri dalam merancang kehidupan selepas berkahwin, termasuk soal pengurusan kewangan.Namun, luahan seorang wanita mengenai syarat yang ditetapkan bakal suaminya sebelum mereka disatukan mengundang pelbagai reaksi netizen. "Kami bercadang nak kahwin tahun depan. Tapi bakal suami tetapkan syarat yang buat saya berada dalam dilema.Perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan putus di tengah jalan. -Gambar hiasan AI"Apabila dah kahwin, suami yang akan pegang semua duit gaji saya. Saya tanya kenapa, dia kata duit tu akan digunakan untuk kes kecemasan keluarga," ujarnya.Menurut wanita itu lagi, bakal suaminya mendedahkan konsep itu sudah lama diamalkan oleh ibu bapanya."Apa pendapat anda? Mak ayah dia amalkan konsep yang sama dan masih hidup bahagia. Jadi dia pun merancang untuk buat benda sama.Wanita dalam dilema apabila bakal suaminya letak syarat sebelum kahwin.Selepas kahwin, dia diminta menyerahkan semua wang dan gaji kepada suami.Wanita itu menolak syarat berkenaan, namun bakal suaminya berkeras mahu meneruskannya.Bakal suaminya berkata konsep itu sudah lama diamalkan oleh ibu bapanya dan mereka bahagia.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bakal suami bekerja, gaji dalam lingkungan RM4,000 ke RM5,000. Dia juga ada buat part time e-hailing. Patutkah saya teruskan?"Dia berkeras nak buat benda ni walaupun saya menolak," tulis wanita itu lagi dalam hantaran di Threads.Hantaran tular itu hingga kini dihujani lebih 4,000 komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Gaji isteri makin tinggi tapi banyak belanja famili sendiri, suami anggap keluarga mentua biawak hidupARTIKEL BERKAITAN: Nafkah 1k sebulan tak pernah ‘miss’, tapi suruh isteri bayar macam-macam - “Dia punya feeling macam bagi RM10,000”"Saya sebagai suami rasa syarat ini mengarut. Suami tiada hak nak pegang semua duit gaji isteri."Bekas suami saya pun cakap macam ni. Akhirnya duit tu digunakan untuk perempuan lain."Cara mak ayah dia mungkin berkesan tapi tak semestinya ia sesuai dalam hubungan kamu," tulis netizen.