suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami kerja p-hailing merana rezeki makin sempit, tak ‘meriah’ macam dulu... Pendedahan bekas isteri akhirnya buka mata ramai!

Isteri yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan. -Gambar hiasan AI

KESETIAAN dalam rumah tangga bukan sahaja menjadi tiang utama kebahagiaan sesebuah perkahwinan, malah ramai yang percaya ia mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keberkatan rezeki.

Itulah apa yang cuba disampaikan seorang wanita apabila mendedahkan rezeki bekas suaminya tidak lagi semewah dahulu, selepas lelaki itu didakwa menduakan cintanya ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Menurut wanita itu, bekas suaminya sebelum ini mampu memperoleh pendapatan yang lumayan menerusi kerja sambilan sebagai penghantar makanan, hingga berupaya menampung pelbagai komitmen serta hutang bulanan tanpa masalah.

"Rezeki bekas suami aku kerja sambilan sebagai penghantar makanan memang boleh cover semua hutang-hutang dia masa dia tak curang dengan aku.

Kecurangan berlaku dalam hubungan boleh merosakkan institusi rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Tapi apabila dia mula berzina dengan perempuan lain, sampai sekarang rezeki buat p-hailing dia tak seindah sebelum ni," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Tambah wanita itu lagi, pendapatan bekas suaminya yang pernah mencecah sehingga RM500 dalam tempoh tiga hari sahaja suatu ketika dahulu sebenarnya adalah berkat limpahan doa seorang isteri yang setia di sisi.

"Balasan kau sebab aniaya orang. Pengajaran, kalau hidup rezeki ala kadar je, jangan curang!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda baru tahu aktiviti mendaki jadi ‘port’ curang orang berkahwin... Tidur sekhemah macam pasangan ‘halal’

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka buat di ruang tamu” - Isteri lupa ada CCTV, kantoi ‘seludup’ 2 lelaki masuk rumah ketika Ramadan

"Dia tak tahu rezeki dia dapat jana pendapatan RM500 dalam masa tiga hari tu sebab doa isteri dia. Apabila sudah berduit, buat main doa isteri.

"Memang Allah bagi azab terus dekat orang macam tu," ujarnya menceritakan apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa keberkatan rezeki berkait rapat dengan sikap dan amalan seseorang.

  • Wanita dakwa rezeki bekas suami merosot selepas curang.
  • Pendapatan sebagai penghantar makanan tak lagi semewah dulu.
  • Isteri dakwa dulu tiga hari boleh dapat RM500.
  • Netizen kaitkan kecurangan dengan hilang keberkatan rezeki.
  • Perkongsian wanita mengenai bekas suami curang jadi perhatian.

Seorang lagi pula berpendapat setiap perbuatan dosa boleh menjadi penyebab pintu rezeki menjadi sempit jika tidak segera bertaubat.

"Suami kalau menipu bini memang sempit rezeki. Kalau nak tahu suami macam mana, tengok pada rezekinya.

"Apa-apa jenis perbuatan dosa menutup dan menyekat pintu rezeki, memang kembali ke pangkal jalan dan cepat-cepat la bertaubat.

"Betul, bila curang tak kira dengan bini ke atau janda... rezeki memang ke laut. Baru rasa balasan Allah," komen sebahagian netizen.

Artikel Lain