SEORANG pelanggan melarikan diri tanpa membuat pembayaran selepas menjamu selera di sebuah restoran makanan barat pada 3 Mac lalu.Menurut perkongsian di Facebook, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 malam di sebuah premis di kawasan Choeng Talay, Phuket, Thailand. Lelaki warga asing itu memesan stik yang digambarkan sebagai hidangan paling premium di restoran berkenaan dengan berat kira-kira 500 gram.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disertakan dalam hantaran Facebook itu menunjukkan lelaki berkenaan makan seorang diri.Selepas menghabiskan makanan, dia berpura-pura berjalan ke tandas, namun keluar melalui pintu belakang sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali ‘dating’ bayarkan makan, wanita menyesal berkenalan dengan ‘biawak’... Tambang e-hailing RM20 pun kena tanggungUntuk rekod, insiden seumpama itu bukan kali pertama berlaku melibatkan pelancong asing di sekitar Phuket.Pada Mac tahun lalu, dua warga asing tular selepas meninggalkan restoran tanpa membuat pembayaran sebanyak 2,290 baht (RM283.95).Pada Januari tahun lalu pula, sepasang warga Rusia didakwa meninggalkan beberapa restoran tanpa membuat pembayaran. Hantaran itu turut menyatakan polis gagal bertindak walaupun pemilik premis sudah menyerahkan bukti CCTV.Selain restoran, kejadian sama juga pernah berlaku di beberapa pusat hiburan di kawasan pelancongan seperti Phuket dan Pattaya. -Agensi