SEORANG pelanggan lelaki mengamuk di sebuah restoran pada 9 Mac lalu selepas tidak berpuas hati dengan kualiti nasi goreng yang disajikan.Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, lelaki itu bertindak agresif dengan menendang meja dan memecahkan gelas. Dalam kejadian itu, seorang pekerja dikenali sebagai Ann, 21, turut mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca.Menurut pemilik restoran, Chayen, 41, pelanggan itu mengadu bahawa nasi goreng yang dihidangkan kepadanya tidak sedap.ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja sedih pelanggan seagama mengamuk gara-gara satu juadah berbuka lambat sampai - “Sampai hati marah, kami pun belum makan”Pelanggan itu turut memaksa pelayan restoran untuk mencuba makanan berkenaan.Susulan kejadian itu, Chayen berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelanggan berkenaan.Jelasnya lagi, langkah itu penting untuk melindungi pekerjanya dan mengelakkan insiden serupa berulang.Restoran milik Chayen terletak di Rayong, Thailand. -Agensi