suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis bakal disaman, didakwa jadi punca lelaki diserang strok lewat terima rawatan

Teeramit masih berada dalam keadaan kritikal. -Foto เจาะลึกทั่วไทย Inside Thailand

SEORANG wanita bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap polis kerana didakwa menjadi punca suaminya yang diserang strok lewat menerima rawatan.

Difahamkan wanita warga Thailand itu mendapatkan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Saimai Survive pada 5 Mac bagi menuntut keadilan untuk suaminya, Teeramit, 42. 

Teeramit kini berada dalam keadaan kritikal di hospital sejak insiden yang berlaku pada 1 Mac di wilayah Ayutthaya.

Menurut isterinya, Teeramit yang bekerja sebagai pemandu keluar dari rumah seperti biasa pada hari kejadian.

Namun katanya, simptom mula muncul ketika Teeramit sedang memandu, termasuk kelemahan pada tangan dan kaki serta percakapan yang tidak jelas.

Tambahnya, Teeramit cuba mengawal kenderaan dan sempat memasuki sebuah stesen minyak untuk mendapatkan bantuan, namun keadaannya terus merosot.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangster sekolah kini hidup susah diserang strok, ramai doakan ditimpa balasan buruk - “Member tak maafkan sampai mati!”

Kenderaan yang dipandunya kemudian melanggar sebuah motosikal, menyebabkan pemiliknya menghubungi polis.

Teeramit dilaporkan membuat isyarat tangan SOS kepada polis serta orang ramai di lokasi, namun pegawai tidak memberi sebarang respons. 

Difahamkan, polis menyangka lelaki itu memandu dalam keadaan mabuk dan terus membawanya ke balai polis.

Teeramit kemudiannya tidak sedarkan diri di balai berkenaan sebelum pegawai menyedari dia sebenarnya mengalami masalah kesihatan. 

Dia kemudian dikejarkan ke hospital, namun doktor memaklumkan kelewatan mendapatkan rawatan menyebabkan sebahagian otaknya rosak dan tidak dapat pulih sepenuhnya. 

Teeramit dilaporkan menjalani pembedahan kecemasan tetapi masih berada dalam keadaan kritikal. -Agensi

Artikel Lain