suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Israel dakwa Ayotollah terbunuh, Iran tegaskan pemimpin tertinggi masih ‘teguh’ ketuai operasi

Iran nafi pemimpin tertinggi negara itu terbunuh.-Gambar Al Jazeera

PEMIMPIN tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei didakwa terbunuh dalam siri serangan terbaharu di negara itu.

Israel mendakwa serangan itu turut meragut nyawa penasihat kanan Khamenei, Ali Shamkhani, Menteri Pertahanan Iran Aziz Nasirzadeh, Ketua Biro Ketenteraan Pejabat Pemimpin Tertinggi Mohammad Shirazi.

Selain, Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Mohammad Pakpour, serta pegawai kanan perisikan Saleh Asadi turut didakwa terbunuh, lapor Al Jazeera.

Bagaimanapun, Iran menafikan dakwaan pembunuhan Khamenei.

Media separa rasmi negara itu melaporkan beliau masih “teguh” dan terus memimpin operasi di lapangan.-Agensi

Artikel Lain