SEPASANG suami isteri bertindak meninggalkan dua orang anak mereka yang masih kecil di sebuah hotel pada 22 Januari lalu.Menurut Polis daerah Chaoyang, Beijing, sebelum itu berlaku pergaduhan besar antara pasangan berkenaan sehingga mereka keluar tanpa membawa anak-anak. Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan adik perempuannya yang berusia lima tahun tersebut kemudiannya diselamatkan oleh polis.Laporan mengenai kanak-kanak itu dibuat oleh rakan pasangan berkenaan yang turut bercuti dengan keluarga tersebut di Beijing.Selepas dihubungi polis, si bapa berkata dia tidak dapat menjemput dua anaknya kerana sudah meninggalkan Beijing.Isterinya pula gagal dihubungi polis pada hari tersebut.Susulan itu dua kanak-kanak tersebut diletakkan di asrama polis sebelum dijemput oleh ibunya pada keesokan hari.Apabila kes itu tular di media sosial, orang ramai meluahkan rasa terkejut terhadap sikap tidak bertanggungjawab pasangan berkenaan.Malah, netizen turut hairan bagaimana mereka boleh terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang.“Mereka sepatutnya hilang kelayakan sebagai ibu bapa. Langsung tiada rasa tanggungjawab.“Walau sebesar mana pertengkaran mereka, keselamatan anak-anak sepatutnya menjadi keutamaan. Mereka tidak berperikemanusiaan,” tulis netizen.Menurut undang-undang jenayah China, individu yang gagal menunaikan tanggungjawab menjaga kanak-kanak atau sesiapa yang tidak mampu hidup berdikari boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.Namun, kes ini dilihat tidak boleh dihukum di bawah Undang-Undang Anti Keganasan Rumah Tangga yang berkuat kuasa pada 2016.Undang-undang itu hanya mentakrifkan keganasan rumah tangga sebagai 'pukulan, ikatan, kecederaan, sekatan dan paksaan terhadap kebebasan diri, penderaan lisan berulang, ugutan atau cara lain.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, undang-undang tersebut menerima kritikan kerana takrifannya yang sempit serta kelemahan daripada segi penguatkuasaan.