SEORANG lelaki yang mengaku mempunyai kebolehan psikik (bomoh) ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang wanita muda dengan berselindung di sebalik alasan melakukan upacara menghalau roh jahat, tahun lalu.Menurut polis di Tokyo, mangsa telah lama mengalami masalah kesihatan sebelum keluarganya mencari individu yang mampu merawat secara alternatif menerusi media sosial. Usaha itu membawa mereka kepada seorang lelaki dikenali sebagai Yamada yang aktif mempromosikan aktivitinya di laman sosial.Yamada kemudian hadir ke apartmen wanita berkenaan pada 10 Mei tahun lalu sebelum didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.Menerusi laporan Japan Today pada Ahad, kejadian itu terbongkar apabila wanita berkenaan mula curiga selepas kesihatannya tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebelum menghubungi talian kecemasan di 110.Mangsa memaklumkan kepada polis bahawa lelaki itu mendakwa dia perlu menyentuh tubuhnya sebagai sebahagian daripada proses 'menghalau roh'.Bagaimanapun, Yamada menafikan tuduhan tersebut dengan alasan dia hanya menyentuh mangsa selepas mendapat keizinan dan mendakwa ia perlu dilakukan bagi tujuan rawatan.Dalam Islam, mempercayai dan bergantung kepada bomoh atau amalan bersifat syirik adalah berdosa kerana menyalahi akidah dengan meletakkan pergantungan selain kepada Allah. -Agensi