suria

Bayi 10 bulan dibawa ke hospital dengan 600 kesan tusukan jarum... Ibu cucuk untuk rawat demam, selesema

Hampir seluruh tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan tusukan jarum.

PENGGUNA media sosial meluahkan rasa marah selepas tularnya video memaparkan tubuh seorang bayi lelaki yang dipenuhi dengan kesan tusukan jarum.

Bayi itu dimasukkan ke Jabatan Pediatrik Hospital Rakyat Daerah Mojiang, Yunnan, China, akibat demam dan sawan pada 16 Disember lalu.

Mangsa yang baru berusia 10 bulan itu dipercayai dicucuk jarum antara 500 hingga 600 kali, dengan kesan luka jelas di kepala, kaki dan seluruh badannya.

Ibunya juga didakwa pernah mencucuk leher bayi itu dengan jarum yang digunakan untuk menjahit tapak kasut.

Ia dipercayai salah satu kaedah tradisional yang digunakan setiap kali mangsa demam atau selesema.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 5 bulan meninggal dunia selepas pembedahan jantung... Keluarga saman, tuntut janji kadar kejayaan 99.5 peratus

Lebih menyedihkan, terdapat jarum yang patah dan tersekat di tulang belakang kanak-kanak itu sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan.

Pada 21 Januari, Biro Keselamatan Awam, suruhanjaya kesihatan, jabatan hal ehwal sivil dan persekutuan wanita China mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu.

Mereka mengesahkan luka tusukan pada badan bayi itu dilakukan oleh ibunya menggunakan kaedah ‘penusukan’ tradisional.

Wanita itu mempunyai tahap pendidikan rendah dan tidak mempunyai pengetahuan saintifik, malah dia juga menunjukkan tanda-tanda keresahan emosi.

Setakat ini, tiada maklumat tentang sebarang penahanan atau pertuduhan jenayah terhadap wanita itu. -Agensi

Artikel Lain