suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 13 tahun diserang guna sabit, cedera parah pada bahagian sulit

Perbuatan mencederakan individu secara sengaja merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

REMAJA perempuan berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas diserang di bahagian alat sulit dengan sabit oleh seorang lelaki pada 18 Disember lalu.

Mangsa yang kritikal sejak diserang lelaki berusia 35 tahun itu dilaporkan menerima rawatan di beberapa hospital.

Namun dia gagal bertahan dan disahkan meninggal dunia pada Jumaat, 9 Januari.

Kejadian tragis itu berlaku di sebuah kampung di daerah Arvalli, Gujarat, India.

Menurut laporan polis, suspek yang dikenali mangsa itu menyerangnya menggunakan sebilah sabit ketika remaja itu sedang berjalan bersama ibunya.

Polis Modasa mengesahkan suspek berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian.

Dalam laporan tersebut, kes disiasat di bawah kesalahan gangguan berunsur seksual serta serangan fizikal terhadap mangsa.

Ketua penyiasat, Inspektor K T Gohil berkata, pihaknya masih menyiasat motif serangan tersebut dan menekankan bahawa tiada percubaan rogol berlaku dalam kejadian tersebut.

Tambah Gohil, pertuduhan membabitkan kesalahan membunuh akan ditambah terhadap suspek susulan kematian mangsa. -Agensi

Artikel Lain