suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu buat laporan, dakwa anak lelaki dicabul pemuda tak dikenali dalam kawasan sekolah

Pelaku jenayah seksual perlu diberi hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mendakwa anak lelakinya dicabul oleh seorang pemuda tidak dikenali ketika berada di dalam kawasan sekolah.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Phatcharaporn, 35, mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di wilayah Ayutthaya, Thailand.

Menurut Phatcharaporn lagi, pemuda itu menunggang sebuah motosikal sebelum dia mendekati anaknya yang sedang bermain bersama sekumpulan murid lain.

Pada awalnya, suspek meminta anaknya untuk menemaninya ke tandas, namun permintaan itu ditolak.

Suspek turut mencuba beberapa helah lain, namun tetap tidak berhasil.

Akhirnya, pemuda itu mencium pipi kanak-kanak berkenaan dan mula meraba alat sulitnya.

Kanak-kanak itu kemudiannya berlari balik ke rumah dalam keadaan ketakutan.

Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, Phatcharaporn terus bergegas ke sekolah, namun suspek sudah melarikan diri.

Phatcharaporn membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa serta kakitangan sekolah untuk meningkatkan kawalan keselamatan bagi melindungi murid. -Agensi

Artikel Lain