suria

Minah salih kena strok ketika bercuti di Turkiye, tiba-tiba bercakap loghat Thailand lepas tersedar

Warren berkata dia tidak pernah mempelajari bahasa Thailand walaupun ibunya berasal dari negara itu.

SEORANG wanita British yang diserang strok ketika bercuti di Turkiye terkejut apabila mendapati gaya percakapannya berubah sebaik sahaja dia kembali sedar.

Cathy Warren, 29, berkata loghat pertuturannya kedengaran seperti orang Thailand walaupun dia tidak pernah mempelajari bahasa tersebut sepanjang hidupnya.

Namun, Warren menjelaskan dia sememangnya mempunyai darah campuran Thai dan British memandangkan ibunya berasal dari negara gajah putih itu.

Selain perubahan pada gaya pertuturan, Warren juga terlantar di hospital selepas bahagian kiri badannya lumpuh akibat serangan strok.

"Saya dulu bercakap dengan loghat British, tetapi apabila saya sedar, loghat saya berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga jam tertinggal dalam kereta depan rumah, kanak-kanak 4 tahun meninggal akibat strok haba

"Ibu saya berasal dari Thailand, dan kini suara saya kedengaran sepertinya. Saya juga tiba-tiba bercakap dalam loghat Thai,” katanya.

Doktor kemudian mengesahkan dia menghidap foreign accent syndrome, iaitu sindrom loghat asing, satu keadaan neurologi yang jarang berlaku akibat kerosakan pada bahagian otak yang mengawal bahasa dan pertuturan.

Menurut pakar neurologi, Dr Greg David Dayrit, keadaan itu dicirikan oleh perubahan pada ritma, intonasi dan sebutan yang menyebabkan seseorang kedengaran seolah-olah mempunyai loghat asing walaupun mereka tidak pernah bertutur begitu sebelum ini.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun lalu.

Dia menjalani rawatan selama sebulan di Turkiye sebelum pulang ke United Kingdom pada Oktober 2024. -Agensi.

Artikel Lain