suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengamuk cari minyak rambut tak jumpa, pemuda mabuk tikam ibu guna badik!

Mengambil minuman keras boleh menjadi punca sukar untuk kekal fokus. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda berusia 21 tahun ditahan polis selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya menggunakan senjata tajam jenis badik.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polresta Mamuju, AKP Agustinus Pigay, suspek ditahan pada petang Selasa selepas insiden tersebut berlaku.

Kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Sulawesi Barat, Indonesia.

Siasatan awal mendapati, pemuda berkenaan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk selepas mengambil minuman keras.

Dia dikatakan berang apabila gagal menemukan minyak rambut yang dicarinya, lalu mengamuk dan merosakkan beberapa barangan di rumah.

Si ibu cuba menenangkan anaknya, namun usaha itu sia-sia apabila suspek bertindak lebih agresif sehingga menikam tangan ibunya menggunakan badik.

Polis menahan suspek di lokap Polresta Mamuju dan turut merampas senjata tajam yang digunakan dalam kejadian tersebut sebagai bahan bukti.

Agustinus memaklumkan, suspek dan barang bukti kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Mamuju untuk siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain