SEORANG wanita ditahan kerana membuat laporan palsu menggunakan gambar janaan kecerdasan buatan (AI).
Dalam laporannya, Brooke Schinault, 32, mendakwa dia menjadi mangsa serangan seksual di rumahnya di St. Petersburg, Florida.
Schinault mendakwa sempat merakam foto lelaki tersebut ketika serangan berlaku pada 7 Oktober lalu.
Namun, apabila polis memeriksa gambar itu, mereka mendapati ia dihasilkan menggunakan ChatGPT.
Menurut polis lagi, gambar janaan AI itu dihasilkan beberapa hari sebelum kejadian 'serangan' itu berlaku.
Penipuan itu menyebabkan Schinault ditahan di Penjara Pinellas County selama satu hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$1,000 (RM4,226)
Laporan jenayah palsu diklasifikasikan sebagai kesalahan kecil darjah pertama di Florida yang membawa hukuman sehingga setahun penjara dan denda AS$1,000. -Agensi


