PIHAK berkuasa Mexico sedang mencari pempengaruh media sosial, Nicolette Pardo Molina selepas dia dipercayai diculik di sebuah kawasan kejiranan di Culiacán.Pejabat Pendakwa Negeri Sinaloa melancarkan operasi selepas Molina dilaporkan hilang pada Selasa di kawasan Isla Musalá, menurut beberapa agensi berita Mexico. Menurut laporan berita, penculikan berlaku pada waktu petang berhampiran kawasan komersial ketika Molina tiba dengan menaiki sebuah Tesla Cybertruck.Rakaman video yang dipercayai dari kamera Tesla itu menunjukkan beberapa lelaki bersenjata menghentikan kenderaannya dan memaksanya masuk ke dalam sebuah kereta putih.Kereta Tesla itu kemudian diambil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Sehingga kini, Molina masih tidak dapat dikesan dan pihak berkuasa mengumumkan tiada suspek atau tangkapan dibuat setakat ini.Molina yang lebih dikenali sebagai “La Nicholette” atau “La Muchacha del Salado” terkenal menerusi TikTok dan Instagram.Dia turut dikenali ramai kerana menghasilkan kandungan dewasa menerusi platform OnlyFans, selain mengusahakan perniagaan butik, menurut media Mexico.Setakat ini, motif penculikan juga masih tidak diketahui. - Agensi