suria

Lelaki bunuh kekasih di bengkel, mangsa didakwa sering desak berkahwin

Membunuh adalah jenayah berat dan pelaku perlu menerima hukuman setimpal. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis kerana disyaki membunuh seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam kejadian Sabtu lalu.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bengkel milik lelaki berkenaan.

Suspek dikenali sebagai Vaisakhan, berasal dari Thadampattuthazham, Kozhikode di India. 

Menurut polis, lelaki terbabit menghubungi mangsa dan memintanya datang ke bengkel berkenaan.

Vaisakhan didakwa memujuk wanita itu dengan alasan kononnya mereka akan menamatkan riwayat hidup bersama.

Siasatan mendapati kedua-duanya dipercayai telah lama menjalinkan hubungan, namun mangsa dikatakan memberi tekanan kepada suspek untuk berkahwin.

Pada peringkat awal, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri namun siasatan lanjut kemudian mendedahkan penglibatan suspek dalam kejadian itu. -Agensi

 

Artikel Lain