suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 11 tahun berwajah ‘baby face’ digari ke mahkamah… Kes bunuh bapa angkat dibicara seperti orang dewasa

Peguam sedang berusaha untuk memastikan Clayton dibicarakan di mahkamah juvana.

SEORANG kanak-kanak lelaki yang dituduh membunuh bapa angkatnya hadir ke mahkamah buat pertama kali untuk dibicarakan.

Clayton Dietz yang berusia 11 tahun itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari pada Khamis sambil ditemani peguamnya, Dave Wilson.

Bagaimanapun selepas prosiding, Wilson memberitahu media tempatan dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai kes tersebut.

Kata Wilson, dia kini sedang berusaha untuk memastikan anak guamnya dibicarakan di mahkamah juvana.

Ketika ini, Clayton dibicarakan sebagai orang dewasa.

Untuk rekod, kisah mengenai Clayton tular selepas dia didakwa membunuh bapa angkatnya, Douglas Dietz, pada 13 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Gadis hamil dicekik, dihumban dalam perigi... Teman lelaki bunuh kerana tertekan didesak kahwin

Menurut dokumen mahkamah, kanak-kanak berwajah ‘baby face’ itu berang terhadap Douglas selepas konsol permainan video hibrid, Nintendo Switch miliknya dirampas dan dia diarahkan tidur.

Kanak-kanak itu didakwa membunuh bapa angkatnya menggunakan sepucuk pistol yang disimpan di dalam laci di kediamannya.

Tarikh perbicaraan seterusnya masih belum ditetapkan, namun dia dijangka akan kembali ke mahkamah pada Mei.

Kes itu berlaku di Perry County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. -Agensi

Artikel Lain