suria

Hanyut selepas ditarik ombak besar, influencer meninggal dunia ketika selamatkan mangsa lemas

Ben Wood meraih populariti dengan kandungan video makanan.

PEMPENGARUH makanan, Ben Wood meninggal dunia pada 9 Mac ketika cuba menyelamatkan seorang mangsa lemas di pantai.

Kematian Wood, 43, disahkan oleh anaknya menerusi satu hantaran di Instagram pada 11 Mac.

"9 Mac akan sentiasa menjadi hari untuk mengenang bagaimana kamu mengorbankan nyawa demi orang lain," tulis anaknya.

Wood, yang mempunyai lebih 37,000 pengikut di Instagram sedang berjalan di pantai Algarrobo, Chile, sebelum dia melihat seorang wanita terkapai-kapai lemas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki umur 21 tahun mati lemas dalam kolam renang, saksi nampak mangsa tenggelam

Tanpa berfikir panjang, Wood bersama bapa dan isterinya terus berenang untuk menyelamatkan mangsa, namun mereka turut dihanyutkan oleh ombak besar.

Mangsa wanita yang berusia 26 tahun itu berjaya diselamatkan, namun Wood, bapa serta isterinya ditemukan meninggal dunia akibat lemas.

Untuk rekod, Wood dilahirkan di Connecticut, Amerika Syarikat, namun menetap di Chile selama lebih sedekad.  -Agensi

Artikel Lain