suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cemburu punya fasal, bekas banduan sumbat tahi anjing dalam mulut teman wanita

Steven Farrell menjadi punca teman wanitanya menghidap PTSD. -Foto Facebook

SEORANG lelaki dipenjara selepas dia bertindak kejam memasukkan tahi anjing ke dalam mulut teman wanitanya.

Tertuduh, Steven Farrell, 50, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Rossendale, Lancashire, United Kingdom.

Mahkamah Mahkota Preston diberitahu mangsa mengalami trauma sehingga disahkan menghidap gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) akibat perbuatan tertuduh.

Farrell yang berasal dari Manchester mula menjalinkan hubungan dengan mangsa sejurus dibebaskan dari penjara pada Oktober 2024. 

Sepanjang hubungan tersebut, Farrell dikatakan sangat cemburu dan sering mengawal kehidupan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki maut akibat sembelit teruk, lebih 8kg najis tersumbat… Keluarga saman pusat jagaan

Dalam kejadian pada 25 April tahun lalu, Farrell mengamuk selepas mangsa enggan menemaninya membeli pakaian. 

Selepas keluar bersendirian, dia pulang ke rumah dan menuduh wanita itu curang sebelum mengugut untuk membunuh mangsa.

Farrell juga mengacukan pisau ke leher wanita itu dan memasukkan beg plastik berisi najis anjing ke dalam mulutnya.

Mangsa turut dipukul sehingga mengalami lebam pada beberapa bahagian badan sebelum seorang rakannya datang ke rumah dan menghubungi polis. 

Farrell ditahan ketika cuba melarikan diri melalui halaman belakang rumah.

Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun lima bulan selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan mengawal secara paksaan, mencekik dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.  -Agensi

 

Artikel Lain