SEORANG wanita yang dituduh menebuk kondom milik rakan serumahnya dibebaskan selepas mahkamah mendapati dia tidak berniat membahayakan sesiapa.Skye Palazzese Edwards, 24, dibicarakan di Mahkamah Daerah Bunbury, Australia, selepas rakan serumahnya membuat laporan polis pada Julai 2022. Laporan tersebut dibuat selepas rakan serumahnya itu disahkan hamil secara tiba-tiba sebelum mengalami keguguran tidak lama kemudian.Menurut pengadu, dia mengesyaki Edwards menebuk kondomnya kerana marah dan cemburu. Perbuatan itu berlaku kerana pengadu membawa teman lelaki ke rumah hampir setiap minggu, sekali gus mengganggu persahabatan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri datang bulan, tapi suami tetap tuntut layanan batin... Sanggup guna kondom!Mahkamah turut diperdengarkan rakaman temu bual polis yang menunjukkan Edwards mengaku menebuk kondom itu menggunakan jarum.Namun, Edwards menegaskan kondom itu tidak sempat digunakan kerana telah dibuang. Dia juga berpendapat rakan serumahnya mungkin hamil kerana kecuaian daripada sudut lain dan bukannya berpunca daripada kondom bocor.Pihak pendakwa gagal membuktikan tindakan Edwards membahayakan rakan serumahnya. Mahkamah akhirnya memutuskan Edwards dibebaskan daripada sebarang tuduhan. -Agensi