suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda angkat kaki dipanggil babi, adik kekasih anggap ‘red flag’ sebab enggan bayar makanan

Setiap individu berhak menolak sesuatu perkara yang membuatkan dirinya berasa tidak selesa. -Gambar hiasan AI

FASA berkenalan biasanya membolehkan seseorang mengenali dan memahami keperibadian bakal pasangan sama ada sesuai atau sebaliknya.

Namun bagi seorang lelaki, pertemuan dengan seorang wanita bertukar menjadi mimpi buruk buatnya apabila terpaksa berdepan dengan sikap biadab adiknya.

Pada mulanya lelaki ini memberitahu dia tidak kisah apabila wanita tersebut membawa adiknya bersama namun sikap biadab ditunjukkan membuatkan dia hilang 'selera'.

Tidak salah untuk memberi ruang kepada diri sendiri sebelum menentukan pilihan. -Gambar hiasan AI

"Mulut adik dia sumpah macam anjing liar! Belum apa-apa lagi dah panggil aku babi," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Jelasnya, sepanjang pertemuan tersebut kata-kata yang keluar dari mulut adik lelaki wanita tersebut sentiasa terselit dengan perkataan lucah sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

Tidak hanya itu, individu tersebut turut melabelnya sebagai lelaki red flag hanya gara-gara dia enggan membayar makanan dimakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar 'first date', wanita minta nak bayar makan! Pemuda kini faham maksudnya, dah terkena sekali

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa nak muntah” - ‘Dating’ kedai mamak dianggap rendahkan martabat, wanita minta kaum Hawa tahu nilai diri

"Muka adik dia tak payah cakap la memang rempit dan tak berpelajaran. Mulut memang mencarut je sepanjang masa.

"Adik dia panggil aku red flag sebab aku tak bayarkan makanan dia sekali. Macam aku pula date dengan dia. Lepas makan tu aku terus berambus," ceritanya.

Perkongsian lelaki itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan pengalaman dilaluinya.

  • Lelaki kongsi pengalaman date bertukar janggal kerana adik teman wanitanya.
  • Niat nak dating, lelaki terkejut adik pasangan turut tuntut dibelanja.
  • Tak bayar makanan adik pasangan, lelaki pula dianggap bermasalah.
  • Pertemuan pertama jadi janggal, lelaki terus pilih tinggalkan mereka.
  • Mulut kasar adik pasangan buat lelaki serik untuk terus mengenali wanita itu.

Malah, ada juga secara berseloroh menganggap kehadiran adik wanita berkenaan mungkin mempunyai tujuan tertentu yang tidak disedari.

"Bayangkan modus operandi mereka adik-beradik sekadar makan free. Allah tengah lindungi awak tu bang daripada terjatuh dalam hubungan yang tidak baik.

"Bagus tinggalkan wanita itu. Adik dia cakap kasar, tak mustahil seluruh famili mereka pun sama sebab perangai sebenar dan adab seseorang dibawa dari rumah," ujar beberapa netizen.

Artikel Lain