suria

Video 3 sekawan disergah beruk buat ramai terhibur, Yuna pun tengok! Pelajar dedah kenapa rakan sayang sangat dengan keropok

Tiga sekawan panik selepas diganggu beruk ketika mahu membuat video tugasan mereka.

“AMBIK keropok... ambik keropok... ambik keropok!”

Itulah kata-kata seorang gadis dalam video yang tular menunjukkan mereka diganggu seekor beruk.

Tindakan gadis tersebut bagaimanapun membuatkan ramai netizen terhibur kerana dia 'lebih mementingkan' keropok berbanding telefon bimbit yang ditinggalkan di atas meja tersebut.

"Ambil keropok ambil keropok ambil keropok... hahahaha. Try untuk dengar betul-betul and thought salah dengar keropok dengan phone but then betul pulak keropok... hahahahaha dekah sis," tulis Sra.

Penyanyi Yuna turut berkongsi semula video lucu itu di Twitternya. 

"Dia nak selamatkan keropok dulu eh? "Weh ambik keropok ambik keropok" bukan nak selamatkan telefon. Ketakutan ya hahaha," kata Fusyop.

"That Malaysian life," tulis penyanyi Yuna Zarai dengan hashtag #trulyasia #keropok.

Video berdurasi 24 saat itu mendapat lebih 10.4 juta tontonan dan 639,800 tanda suka di Twitter.

Nur Atheera Zulkarnain, 18, salah seorang daripada tiga gadis dalam rakaman video itu berkongsi kisah lucu itu bersama mStar.

"Sebenarnya kami nak rakam video introduction dulu untuk assignment chemistry kami. 

"Dan kami pilih untuk buat video tu dekat gazebo dalam kawasan kediaman Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sebab lighting lawa dan tak ada orang.

Dari kiri: Syahira, Amaleen dan Theera.

"Lepas kawan (Amaleen Iman Ahmad Ridzuanullah) tekan record button, dia ternampak beruk tu dah dekat perhatikan kami. Tapi lepas dia jerit beruk tu makin datang dekat kami," katanya.

Terkejut dengan jeritan Amaleen Iman, Nur Atheera berkata dia pun terus panik ketika itu.

"Pada awalnya saya dengan seorang lagi kawan (Nur Syahira Afeeqa Mohd Zubil) tak perasan pun beruk tu. Bila beruk tu terus datang sergah tempat kami, saya menjerit sebab terkejut.

"Masa tu Syahira blur dan Amaleen pula terus lari. Phone kami semua ditinggalkan dekat gazebo dan kebetulan phone saya tengah recording. Lepas tu baru kami perasan banyak lagi rupanya beruk kat belakang.

"Alhamdulillah kami selamat dan ada orang cuba tolong takutkan beruk-beruk tu dengan hon kereta. Kami cuba halau beruk tu tapi haiwan tu tak takut. Lepas habis keropok tu baru beruk tu pun beredar," katanya.

Mesra disapa Theera, penuntut program ASASIpintar (Pra-Universiti) itu terkejut dengan reaksi Amaleen yang berulang kali menyebut “ambil keropok” dalam video tersebut.

Video perkongsian Theera turut mendapat perhatian netizen luar negara.

"Amaleen bukan jenis melatah. Dia cakap dia sendiri pun tak sedar kenapa dia cakap macam tu. Mungkin sebab panik sangat time tu. 

"Lagipun keropok tu tak ada kaitan dengan eksperimen kami.

"Tapi rasanya Amaleen sayang sangat dengan keropok tu sebab dia bawa keropok tu dari Terengganu naik bas," katanya.

Serik dengan insiden itu, Theera berkata mereka bertiga meneruskan rakaman video itu di dalam bilik.

"Lepas beruk tu beredar kami pun dah tak berani teruskan kat situ. Kami sambung buat video dalam bilik.

"Kami tahu selalunya beruk tu akan berkeliaran setiap petang tapi time tu baru pukul 1 petang. Tak sangka beruk tu keluar awal pula," katanya.

Paparan skrin video sebelum Theera dan rakannya disergah seekor beruk.

Menyifatkan insiden itu sebagai kisah kelakar, Theera berkata dia berkongsi video tersebut sekadar untuk suka-suka di Twitternya.

"Saya share kat Twitter sebab kelakar. Niat nak share dengan kawan-kawan je tapi tiba-tiba jadi viral.

"Tak sangka sebab Yuna pun retweet. Lepas insiden tu kami dah tak lepak lagi dekat situ. Kami dah serik," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
beruk, keropok, video

Artikel Lain