suria

Pemandu baca al-Quran sewaktu trafik sesak dapat pujian, tukang kongsi video pula yang dikecam - “Jangan compare dengan orang lain bang”

Paparan skrin rakaman berkenaan yang tular di Twitter. Kredit @anwarhery_.

SUDAH menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang, ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas masa akan dihabiskan dengan menatap telefon masing-masing.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki yang dilihat khusyuk membaca al-Quran dalam situasi yang dibenci warga kota itu.

Perbuatannya itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi sama sebelum ia dikongsi menerusi Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama teringin nak beli al-Quran ‘tagging’, gadis ini tak sangka dapat kejutan – “Saya marah sebab tahu hadiah tu mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Al-Quran itu mukjizat paling agung, rebutlah ganjaran membacanya

Video berkenaan menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah ditonton lebih 170,000 kali.

"Time tengah jalan jammed, orang semua busy main phone. But, look at that pakcik, he is reading Quran. Salute," tulis individu yang berkongsi rakaman itu.

Dalam rakaman sama, dia turut menghalakan kamera untuk merakam tindakan beberapa pengguna jalan raya lain yang sedang bermain telefon sambil menunggu kesesakan lalu lintas berakhir.

Before tweet rangers datang, meh aku pesan sikit. Aku tweet this video just for renungan. Bukan untuk compare.

PEMILIK VIDEO (Twitter @anwarhery_)

Selain komen netizen yang kagum dengan sikap terpuji lelaki itu, ada juga yang tampil mengecam pemilik video kerana dianggap bersikap buruk sangka terhadap pemandu lain.

Kata segelintir netizen, dia tidak sepatutnya membandingkan lelaki yang membaca al-Quran itu dengan pengguna jalan raya lain yang sedang menggunakan telefon mereka.

"Macam mana kamu tahu semua orang main telefon? Entah mereka pun tengah baca al-Quran dalam phone," tulis seorang netizen.

Namun kata pemilik video itu, dia membuat perkongsian itu sekadar untuk renungan bersama dan dia mahu lelaki itu dijadikan sebagai contoh oleh orang ramai.

Ada dalam kalangan kita yang suka membelek telefon tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. FOTO: BERNAMA.

"Before tweet rangers datang, meh aku pesan sikit. Aku tweet this video just for renungan. Bukan untuk compare.

"Main phone bagus. Just for relax time stress atas jalan. Just aku harapkan, jadikan that pakcik sebagai contoh," tulisnya.

Dalam pada itu, posting yang diulang kicau lebih 11,700 kali itu turut dihujani pelbagai komen lain dari netizen.

"Korang semua tolonglah ambil yang baik-baik je boleh tak?

"Bersangka baik orang lain baca al-Quran kat phone.

"Jangan compare dengan orang lain bang tak elok," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain