suria

Followers pantas ‘buat kerja’, Teme Abdullah tak dapat mengelat kongsi video nyanyi lagu K-Pop... Permaisuri Agong puji!

Teme menyahut cabaran dilontarkan pengikutnya untuk menyanyi lagu Korea selepas gambar (kanan) di Instagramnya mendapat 40K likes.

"ENTAH-entah nanti @itsteme jadi menantu kerabat. Alhamdulillah... kalau dah jodoh tak ke mana."

Itu antara komen nakal netizen selepas video arkitek terkenal, Teme Abdullah menyanyi lagu Korea Nun, Ko, Ib (Eyes, Nose, Lips) nyanyian penyanyi K-Pop Taeyang yang tular di Twitter mencuri perhatian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tunku Azizah berkongsi semula video berdurasi 15 saat yang dimuatnaik @thenaurott dengan kapsyen 'Well Done'.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah - Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar selfie terbaharu Tunku Azizah jadi pengubat rindu, lelaki tweet biadab buat permohonan maaf

Video Teme menyanyikan lagu tersebut sambil 'dinilai' seorang rakan warga Korea yang dikenalinya sewaktu mereka sama-sama menuntut di London, United Kingdom (UK) mendapat lebih 170,000 tontonan di platform media sosial itu.

Teme ketika dihubungi mStar berkata dia sendiri tidak menduga video tersebut akan mendapat perhatian Tunku Azizah.

Reaksi Tunku Azizah mengenai nyanyian Teme.

"Sebenarnya video tu saya post dekat Insta Story tapi followers yang share ke platform lain. Saya terkejut jugalah sebab tak sangka perkara tu sampai ke pengetahuan baginda. 

"Saya rasa baginda sangat supportive! Komen itu beri semangat kepada saya untuk terus hiburkan orang lain," katanya yang berada di Korea Selatan ketika ini.

Jelas Teme lagi, sewaktu kunjungannya ke negara itu, dia dicabar pengikutnya di media sosial untuk menyanyikan lagu K-Pop di depan rakannya itu di tempat awam.

Rupa-rupanya bangun pagi esok dah cecah 40K lebih likes. Ada yang screenshot letak di Twitter untuk ingatkan saya dan tweet tu dapat perhatian Raja Permaisuri Agong.

TEME ABDULLAH

ARKITEK

"Selama ini saya selalu post nyanyian lagu-lagu Melayu dan Inggeris untuk hiburkan followers saya.

"Jadi mereka tertanya-tanya macam mana bunyinya kalau saya nyanyi lagu Korea pula.

"Jadi saya letakkan syarat. Kalau nak saya upload video nyanyi depan kawan saya tu, kena dapatkan 40,000 likes untuk satu gambar di Instagram," katanya.

Lukisan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah R’ayatudddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah, karya Teme Abdullah mendapat tempat di hati baginda berdua.

Namun Teme berkata dia terkejut apabila syarat itu berjaya dipenuhi netizen dalam tempoh kurang 12 jam.

"Saya ingat perkara tu mungkin tercapai selepas dua tiga hari. Mungkin masa tu saya dah tak ada di Korea jadi boleh bagi alasan untuk tak nyanyi.

"Rupa-rupanya bangun pagi esok dah cecah 40K lebih likes. Ada yang screenshot letak di Twitter untuk ingatkan saya dan tweet tu dapat perhatian Raja Permaisuri Agong.

"Baginda pun retweet memberikan signal sokongan dan cabaran untuk saya lakukan. Jadi saya pun uploadlah video nyanyian saya tu," katanya.

Meskipun tidak fasih berbahasa Korea, tidak sukar bagi Teme untuk menyanyikan lagu tersebut dengan sebutan yang betul.

"Ramai suruh saya nyanyikan lagu tu. Jadi saya ikut majoriti. Saya dah selalu terdengar lagu tu sebab lagu lama.

Teme berada di Korea Selatan sempena lawatan kerjanya.

"Jadi mudah bagi saya nak hafal sebab ingat alunan sebutan asasnya. Sejujurnya saya bukan peminat muzik. Jadi saya terima je semua genre," katanya.

Komen Tunku Azizah terhadap nyanyian Teme turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Sekali kena panggil nyanyi dekat istana nanti mey masak hafal lagu Korea lain. Haha," tulis Syahiran Annuar.

"@itsme tarik nafas dan bertenang ok Teme," kata Real Potato.

"Waaa tahniah again Teme. Nyanyi apa lagu pun sedap," kata Jejaricantikmenaip.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain