Terkedu lihat lelaki tolak, tengking isterinya dalam pantang depan orang ramai di klinik, wanita ini hanya mampu mengadu- “Letak anak atas meja, dia main game” - Viral | mStar

Terkedu lihat lelaki tolak, tengking isterinya dalam pantang depan orang ramai di klinik, wanita ini hanya mampu mengadu- “Letak anak atas meja, dia main game”

Foto sepasang suami isteri yang dikongsi menerusi Facebook Azri Osman mengundang pelbagai reaksi netizen.

SUASANA hening di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur boleh dikatakan tegang apabila seorang suami didakwa mengherdik isterinya di hadapan orang ramai.

Selain ditengking, wanita itu turut ditolak olah suaminya menerusi kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.

Menurut Azri Osman, 39, yang berkongsi kisah itu di Facebook, dia tidak berada di lokasi itu sebaliknya ia diceritakan oleh isterinya, Nur Atika Liyana Hamzah, 29, yang berada di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku doakan tak keluar anak tu nanti” – Kantoi foto cium tangan perempuan, suami doa isteri tengah sarat mengandung mati masa bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

"Isteri saya hamil, kena pergi klinik kesihatan untuk minum air gula. Lepas tu isteri mesej pada saya, kata ada perempuan kena marah dengan suami dia.

"Dia marah depan orang, tolak-tolak isteri dia. Masa isterinya pergi tandas, dia letak anak atas meja lepas tu main game.

Yang ni depan orang ramai pun boleh maki, apatah lagi kat rumah. Apa-apa pun, kita berbalik kepada Allah, ambillah kisah ini sebagai pengajaran.

AZRI OSMAN

"Isteri saya sempat hantar gambar pasangan tu. Saya ni sebagai suami rasa tersentuh. Terus teringat masa isteri bersalin dulu. Saya kata, Ya Allah kenapa dia buat macam tu," kata Azri sewaktu dihubungi mStar.

Menurut Azri lagi, dia tidak berniat membuka aib lelaki itu sebaliknya berkongsi kisah ini untuk peringatan bersama.

Malah, dia juga tidak mahu membuat sebarang andaian memandangkan tidak mengetahui apa yang sebenarnya dilalui pasangan itu.

"Dia pun manusia, tak boleh nak cakap lebih sebab kita tak tahu. Saya pun tak nak buka aib dia, tapi biarlah orang di luar sana ambil pengajaran.

Sebahagian posting Azri di Facebook.

"Kita tak benci dia tapi benci perbuatan dia. Kita ambil contoh kes yang kerat bini tu, sampai tahap di luar jangkaan.

"Yang ni depan orang ramai pun boleh maki, apatah lagi kat rumah. Apa-apa pun, kita berbalik kepada Allah, ambillah kisah ini sebagai pengajaran," katanya lagi.

Azri merupakan bapa kepada seorang cahaya mata dan isterinya dijangka melahirkan zuriat kedua mereka pada awal tahun depan.

Perkongsian kisah itu di Facebook Azri turut menerima reaksi luar biasa apabila ia dikongsi lebih 10,000 netizen.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa wanita itu dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Menerusi posting Azri, dia menyatakan wanita malang itu memakai stokin tebal, dipercayai masih dalam proses berpantang selepas bersalin.

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain