suria

Lima tahun berlalu tapi banyak dah berubah, kakak pasti adiknya akan rasa pengalaman sama - “Ambil gambar belakang sekolah dah rasa paling hot”

Dua gambar yang dimuatnaik Tasha di laman Twitternya.

PERUBAHAN zaman boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, ada melalui penggunaan teknologi terkini, pemakaian dan paling ketara dari sudut rakaman gambar.

Tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk melihat perubahan zaman ini, tapi cukup untuk tempoh lima tahun dan anda akan dapat menilai sendiri.

Perkongsian seorang gadis berusia 22 tahun mengenai rakaman gambar untuk majalah sekolah ketika tingkatan lima membuktikan masa terlalu cepat berlalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit kena flawless baru diiktiraf cantik, gadis akui penat dengan budaya media sosial, “Kita pasti ada kecantikan sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jodoh di disko, isteri terkejut reaksi suami diajak berubah, tinggalkan kelab malam selepas kahwin, “Ada masa untuk taubat tapi dah singkat”

Siti Natasha Amira Abdul Kahar, memberitahu dia menyelak gambar-gambar lama dan terjumpa sekeping gambar ketika berada di tahun akhir di sebuah sekolah menengah di Bangi, Selangor.

Tweet Tasha yang menarik perhatian netizen.

"Kebetulan adik saya juga sekarang belajar di sekolah yang sama merakam gambar untuk majalah sekolah.

"Jadi saya nampak situasi jelas berbeza selepas lima tahun.

"Ketika zaman saya, 2014 kami hanya mengambil gambar di belakang sekolah dengan memakai uniform dan ketika itu saya rasa kamilah paling 'hot'.

Ketika zaman saya, 2014 kami hanya ambil gambar di belakang sekolah dengan memakai uniform dan ketika itu saya rasa kamilah paling 'hot'.

SITI NATASHA AMIRA ABDUL KAHAR

"Tetapi peredaran masa memang ketara apabila melihat gambar adik yang lebih up to date dan bergaya dan ini baru lima tahun saya meninggalkan alam persekolahan," jelasnya yang baru menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelas Siti Natasha Amira atau lebih mesra disapa Tasha, dia yakin lima tahun akan datang adiknya pula akan melalui situasi dan perasaan sama.

Sebahagian komen-komen pengguna Twitter terhadap status Tasha.

"Saya pasti lima tahun akan datang  situasi sekarang ini juga akan lebih berbeza. Kita semua akan lalui peredaran masa dan perubahan.

"Saya tak sangka tweet gambar saya itu jadi viral dan banyak komen-komen yang buat perbandingan di antara gambar sekarang dan lima tahun lepas," jelas anak sulung daripada empat beradik ini. 

Perkongsian graduan Diploma Sains Sukan ini mendapat lebih 19,000 ulang kicau.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Gambar, zaman berubah, majalah, sekolah

Artikel Lain