suria

Pakcik dapat ‘habuan’ selepas tekan, hempas-hempas rojak depan pelanggan

Video peniaga rojak buah ini tular dan menerima lebih setengah juta tontonan di Twitter.

"IKHLASNYA pakcik ni berniaga," demikian komen seorang netizen berhubung satu video tular di Twitter.

Video tular itu memaparkan seorang lelaki sedang berniaga rojak buah di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Apa yang menariknya, sikap pemurah peniaga itu yang 'menghempas-hempas' gelas rojak dan menekan hirisan buah sehingga padat menerima pujian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa penjual durian 'rare', pelanggan akui buruk sangka tapi akhirnya 'dapat lebih', "Saya kata kat suami, mahal juga tu..."

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi bazar! Apa yang pelanggan lakukan buat peniaga air balang terharu, “Yang patahnya meja, tapi semangat saya tak patah”

Bercerita kepada mStar, individu yang memuat naik rakaman itu mengakui bukan kali pertama berkunjung ke gerai berkenaan.

Kata Umi Ummairah Bustamam, 24, rojak buah lelaki itu disifatkan sebagai yang paling sedap pernah dinikmatinya.

Saya nak pakcik makin murah rezeki, sebelum ni orang Kuantan je, lepas ni kalau boleh biar semua orang kenal dia.

UMI UMMAIRAH BUSTAMAM

"Sebelum ni pun saya pernah beli dengan pakcik tu, kira bukan kali pertamalah.

"Saya pun bukannya nak viral, tapi nak bagi orang kenal pakcik ni. Memang sedap, berbaloi beli RM5. Penuh bekas rojak buah tu. Nombor satu paling sedap, tak tipu," ujarnya sewaktu dihubungi.

Rojak buah yang dijual pada harga RM5 sebekas.

Jururawat yang mesra disapa Umi itu turut mendoakan agar perniagaan lelaki itu bertambah maju dan semakin berkembang.

Dedah Umi, lelaki berkenaan berniaga rojak manakala isterinya berniaga burger di lokasi sama.

"Dia dengan isteri dia. Isteri dia jual burger. Rojak buah dia ada sengkuang, nenas, jambu dan timun.

"Saya nak pakcik makin murah rezeki, sebelum ni orang Kuantan je, lepas ni kalau boleh biar semua orang kenal dia," katanya lagi.

Video yang dimuatnaik itu sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan di Twitter.

Umi mendoakan agar perniagaan pakcik rojak bertambah maju.

Malah, ia menerima lebih 22,000 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen pujian menerusi posting tersebut.

"Suka peniaga tak kedekut macam ni. Ni buat pelanggan lagi suka.

"Bagusnya pakcik ni, semoga dimurahkan rezeki beliau.

"Pakcik ni siap padat padatkan lagi isi rojak tu," tulis beberapa netizen.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p
rojak buah, pasar malam, pemurah, hempas, padat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain