“Aku doakan tak keluar anak tu nanti” – Kantoi foto cium tangan perempuan, suami doa isteri tengah sarat mengandung mati masa bersalin - Viral | mStar

“Aku doakan tak keluar anak tu nanti” – Kantoi foto cium tangan perempuan, suami doa isteri tengah sarat mengandung mati masa bersalin

Sebahagian kandungan perbualan WhatsApp pasangan itu. (Gambar Hiasan)

ISTERI tunggu masa nak bersalin, suami pula bermesraan dengan perempuan lain.

Begitulah ringkasan kisah duka yang dilalui seorang isteri, sebagaimana yang dikongsi menerusi laman Facebook dan kemudiannya tular.

Wanita itu berkongsi kisahnya, disertakan paparan skrin perbualan WhatsApp antara dia dan suami menerusi page Kelab Soal Jawab Ibu dan Bakal Ibu Comel.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang

"Tadi saya bergaduh dengan suami. Memang salah dia dah tiga hari tak balik rumah. Saya tengah menunggu hari nak bersalin.

"Tak larat anak kecil-kecil dengan sarat. Saya risau saya sakit malam-malam je. Saya call suruh balik dia kata ada OT (kerja lebih masa). Tak apalah saya diam.

Suami saya mendoakan saya mati bila bersalin nanti. Adakah doanya diterima?

ISTERI MALANG

"Tadi keluar beli barang anak saya nampak suami tengah mesra dengan perempuan lain," dedah wanita itu.

Sambungnya lagi, dia terus menghantar mesej WhatsApp kepada suaminya untuk bertanyakan tentang perkara itu.

Namun, lelaki berkenaan enggan mengaku biarpun dia sudah menghantar bukti dalam bentuk gambar.

"Suami saya mendoakan saya mati bila bersalin nanti. Adakah doanya diterima?

Paparan skrin perbualan pasangan suami isteri itu.

"Saya takut juga memikirkan takutnya nak bersalin. Serabutnya saya," tulis wanita itu.

Dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang dimuatnaik, lelaki itu turut memaki isterinya.

"Wey celaka kau sedar diri kau tu nak beranak. Aku doakan tak keluar anak tu nanti.

Antara komen-komen netizen.

"Aku doa kau mati je beranak nanti, Amin," tulis lelaki itu.

Posting berkenaan sehingga kini menerima lebih 1,600 tanda suka dan dikongsi lebih 1,100 pelayar Facebook.

Rata-rata netizen turut memberi komen berhubung kes berkenaan.

"Semoga masa akak tu tengah sakit bersalin, suami dia pula sakit kena laknat.

"Simpati dengan sis. Tabahkan hati sis demi kesihatan sis dan bayi sis.

"Doa ibu mengandung lebih makbul dan mustajab sis. Awak doalah semoga kandungan awak dengan awak sekali selamat apabila menempuh hari beranak nanti," tulis beberapa netizen.

curang , orang ketiga , hamil , isteri

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain