Baru 2 minggu hisap vape, doktor kesan lelaki ditahan sebab denggi ada satu lagi penyakit - “Saya perlu dibedah, paru-paru divakum” - Viral | mStar

Baru 2 minggu hisap vape, doktor kesan lelaki ditahan sebab denggi ada satu lagi penyakit - “Saya perlu dibedah, paru-paru divakum”

Mohd Firdaus ketika terlantar di hospital baru-baru ini akibat jangkitan pada paru-paru, gara-gara penggunaan rokok elektronik atau vape.

“MULA-MULA ingatkan masalah dekat paru-paru terjadi sebab kesan merokok, rupa-rupanya doktor beritahu ada cecair lain seperti seperti fungus dan kulat”.

Demikian cerita seorang lelaki yang berkongsi pengalamannya terlantar di hospital baru-baru ini akibat jangkitan pada paru-paru, gara-gara penggunaan rokok elektronik atau vape.

Bercerita kepada mStar, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Firdaus itu berkata, dia pada mulanya mengambil keputusan untuk menggunakan vape sebagai satu alternatif untuk berhenti merokok.

ARTIKEL BERKAITAN: Darah keluar banyak sebab salah pasang tiub, doktor kata ‘tak ada masalah’... balik rumah isteri nak pitam tengok suami terketar tahan sakit 

ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor suruh pergi hospital sebab abah dah nazak” - Paru-paru koyak ditusuk tulang rusuk, anak dedah bapa koma 45 hari nampak syurga, neraka 

“Saya merupakan seorang perokok tegar, di mana saya sudah mula merokok sejak remaja lagi. Jadi masa saya ambil keputusan untuk berhenti merokok, saya memang tak sentuh langsung rokok dan hanya gunakan vape. Maknanya, saya tak campur antara rokok atau vape.

“Minggu pertama, tak ada apa masalah pun. Namun masuk minggu kedua, saya mula rasa tak sihat. Saya demam hingga shaking,” cerita lelaki berusia 34 tahun ini.

Terdahulu, adik kepada Mohd Firdaus, Adlina berkongsi kisah mengenai abangnya yang dimasukkan ke hospital gara-gara menghisap vape menerusi satu bebenang (thread) di Twitter.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen sehingga mendapat 3,000 ulang kicau (retweet) dan lebih 3,900 tanda suka (likes), selain mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Perkongsian adik kepada Mohd Firdaus menerusi bebenang di Twitter mendapat perhatian netizen.

Bercerita lebih lanjut, Mohd Firdaus yang menetap di Subang, Selangor berkata disebabkan demamnya semakin teruk, isterinya Nur Atikah Husna Ab Kadir terus membawanya untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Ketika sampai, saya terus dibawa ke bahagian kecemasan kerana suhu badan mencecah 38 Celcius. Doktor pada mulanya mengesyaki saya menghidapi Influenza. Namun kemudian, pemeriksaan dan ujian darah yang dilakukan mengesahkan saya menghidap demam denggi.

“Bagaimanapun, doktor memberitahu menerusi hasil ujian darah, selain denggi, doktor kesan ada ‘sesuatu’. Namun menurut mereka, virus denggi perlu dirawat terlebih dahulu sebelum meneruskan rawatan terhadap ‘penyakit’ baharu itu,” katanya yang juga seorang pekerja sebuah syarikat telco.

Mohd Firdaus dirawat hampir seminggu di hospital gara-gara demam denggi dan masalah di paru-paru.

Selepas selesai rawatan untuk virus denggi, Mohd Firdaus berkata dia kemudian menjalani pemeriksaan rapi untuk mengetahui ‘penyakit’ baharu yang dikesan bersama demam denggi sebelum ini.

“Saya melalui CT Scan, MRI dan segala macam scan untuk mengetahui jawapannya. Selepas selesai semuanya, doktor memberitahu bahawa ada ‘liquid’ yang melekat pada paru-paru dan hampir menjadi fungus.

“Ingatkan sebab kesan rokok, tapi bukan. Cecair itu adalah wap air daripada vape. Cecair itulah yang sebabkan paru-paru saya jadi lemah. Dan saya perlu melalui pembedahan untuk menvakum cecair berkenaan,” ceritanya.

Tapi apapun, elakkanlah vape mahupun rokok. Benda yang Tuhan cipta semuanya penuh dengan kebaikan tiada satu pun keburukan. Tapi benda yang manusia cipta masih ada lagi kekurangan dan keburukan. Terimalah hakikat manusia itu tidak sama dengan Tuhan.

MOHD FIRDAUS

Selepas hampir seminggu dirawat, Mohd Firdaus akhirnya dibenarkan keluar hospital dan kini masih perlu meneruskan rawatan susulan sebagaimana yang disarankan doktor.

“Alhamdulillah, kini hampir seminggu juga selepas pembedahan tempoh hari dan saya masih dalam proses penyembuhan. Makan juga perlu pantang, perlu elakkan makanan pedas dan yang boleh sebabkan tekak kita gatal, supaya tak batuk. Sekarang, bila batuk tu masih ada darah.

“Sebenarnya, tak sangka pula sampai begini kesannya sebab saya baru dua minggu hisap vape. Ada yang kata ia berpunca daripada perasa (flavor) yang saya guna, ada yang kata silap mod. Tapi bagi saya, ia adalah kerana faktor ketahanan badan sebab masa itu saya demam juga.

Mohd Firdaus bersama isteri, Nur Atikah Husna Ab Kadir.

“Tapi apapun, elakkanlah vape mahupun rokok. Benda yang Tuhan cipta semuanya penuh dengan kebaikan tiada satu pun keburukan. Tapi benda yang manusia cipta masih ada lagi kekurangan dan keburukan. Terimalah hakikat manusia itu tidak sama dengan Tuhan.

“Kalau betul mahu vape dikomersialkan untuk ganti rokok, pastikan ada perbincangan empat mata bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perlu ada kelulusan dan teliti semua aspek,” ujarnya.

Mohd Firdaus berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang amat memahami dan memberi sepenuh sokongan dalam usahanya untuk berhenti daripada tabiat lamanya itu.

“Isteri saya lah yang jaga makan dan semuanya. Dia akan sediakan buah atau apa saja untuk alih perhatian daripada rokok,”akhirinya 

vape , hospital , paru-paru , demam denggi

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain