suria

Gambar selfie terbaharu Tunku Azizah jadi pengubat rindu, lelaki tweet biadab buat permohonan maaf

Gambar selfie Tunku Azizah bersama Al-Sultan Abdullah sedikit-sebanyak mengubat rindu netizen.

SELURUH rakyat Malaysia bagai tidak keruan selepas tiada lagi gambar selfie dan tweet menghiburkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter.

Difahamkan Tunku Azizah menyahaktifkan akaun Twitternya @cheminahsayang malam Rabu berikutan komen negatif segelintir netizen.

Namun gambar selfie terbaharu Tunku Azizah bersama dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikongsi seorang pemuda di Twitternya bagaikan mengubat rindu netizen kepada baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai luah rasa sedih Tunku Azizah nyahaktif Twitter, “Rindu dengan tweet Permaisuri Agong”

ARTIKEL BERKAITAN: Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu”

Foto perkongsian arkitek dan juga penulis, Teme Abdullah dengan kapsyen 'Dan tentang gambar itu, aku dah dapatkan perkenan keizinan tuanku untuk berkongsi di media sosial aku. Jangan risau. Nah... buat yang rindu tuanku' mendapat 3,200 ulang kicau dan 8,800 tanda suka.

Tweet Teme mendapat perhatian netizen.

Malah netizen turut berterima kasih kepada Teme kerana sudi berkongsi gambar terbaharu tuanku.

"Terima kasih @itsteme. Dah terubat sikit rindu dekat Tuanku untuk hari ini," kata Fahmi Frank.

"Terima kasih Teme... terubat rindu nak tengok tweet-tweet TPA yang tanpa sedar menggembirakan hati semua rakyat di seluruh Malaysia. Bak pepatah Melayu walau jauh di mata tapi dekat di hati," tulis Erzuana Idris.

"Kami rakyat jelata merindui kehadiran baginda tuanku permaisuri, memeriahkan suasana memecahkan kesunyian. Perkongsian baginda tuanku permaisuri membuatkan kami dekat dengan baginda tuanku. Daulat Tuanku," tulis Alqouseem.

Dalam pada itu Teme turut memuatnaik ciapan 'Akhir sekali... Our beloved Queen (Permasuri kami yang disayangi), DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ada kirimkan salam pada semua. Tidak kira friends or haters (kawan atau lawan)’.

Antara komen netizen yang berterima kasih di atas perkongsian Teme.

Teme turut menzahirkan ucapan penghargaannya kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas kesudian baginda berdua menerima lukisan potret pemberiannya.

“Baginda tuanku boleh saja mengupah pelukis ternama bertaraf dunia untuk melakar wajah baginda menghiasi istana.

“Tetapi baginda berdua merendah diri, mencemar duli turun ke bawah dan memilih lukisan seorang anak muda macam aku. Begitulah tuanku dengan rakyat,” katanya.

Kami rakyat jelata merindui kehadiran baginda tuanku permaisuri, memeriahkan suasana memecahkan kesunyian. Perkongsian baginda tuanku permaisuri membuatkan kami dekat dengan baginda tuanku. Daulat Tuanku.

ALQOUSEEM

Sementara itu, Firdaus Asraf salah seorang pemuda yang mengeluarkan kata-kata biadab terhadap Tunku Azizah tampil membuat permohonan maaf petang Khamis.

Tindakan itu dipercayai dilakukan selepas individu terbabit menerima kecaman warga maya.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan tuanku dan patik bersedia mengadap tuanku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.

Posting permohonan maaf Firdaus Asraf.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong. Patik yang merendah diri, Firdaus Asraf," katanya.

Warga maya pada Khamis melancarkan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Tunku Azizah mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.

Namun sehingga hari ini tiada respons balas daripada Tunku Azizah berhubung permohonan maaf itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain