suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naik 3 sen untuk RON97, harga RON95, diesel kekal

Harga RON97 naik tiga sen bagi tempoh 14 September hingga 20 September.

HARGA runcit petrol RON97 naik tiga sen seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 14 September hingga 20 September.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 naik tiga sen seliter iaitu daripada RM2.50 kepada RM2.53 manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter

"Berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.23 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing. 

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu. - The Star

RON95, RON97, diesel

Artikel Lain