suria

Dah lama teringin nak beli al-Quran ‘tagging’, gadis ini tak sangka dapat kejutan – “Saya marah sebab tahu hadiah tu mahal”

Aiza Erme terharu apabila menerima hadiah Al-Quran bertanda daripada sahabat baik, lebih-lebih lagi ia merupakan barang yang sangat diidam-idamkan.

SIAPA yang tidak terharu apabila menerima hadiah daripada sahabat baik, lebih-lebih lagi ia merupakan barang yang sangat diidam-idamkan.

Begitu juga dengan kisah gadis ini, yang tidak menyangka menerima hadiah Al-Quran bertanda (Al-Quran tagging) daripada sahabat baiknya.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang dikenali sebagai Aiza Erme berkata, pada mulanya dia hanya bertanyakan kepada sahabat baiknya, Khairun Najah mengenai Al-Quran bertanda kerana berniat untuk menghadiahkan diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat lakonan ‘pengemis’ ini! Tak fikir baik, jahat peniaga terus senduk nasi goreng, bagi duit tambang - “Makcik cepat tersentuh tengok orang susah” 

ARTIKEL BERKAITAN: Gelak bertukar sebak! Hari terakhir mengajar, murid beri beyblade ‘pengajaran’ untuk guru sandaran - “Susah orang dewasa nak buat” 

“Sebenarnya saya teringin nak memiliki Al-Quran tagging dah lama. Tambah-tambah lagi selepas melihat kawan saya ni selalu share mengenai tafsir ayat daripada Al-Quran tangging.

“Jadi saya tanya dia beli daripada mana, sebab memang nak beli sebagai reward untuk diri sendiri merangkap hadiah hari lahir. Tapi pada masa itu dia hanya jawab, nanti dia beritahu semula,” katanya.

Aiza Erme (kanan) bersama sahabat baik yang menghadiahkan Al-Quran bertanda kepadanya, Khairun Najah.

Gadis yang mesra dengan panggilan Aiza ini berkata, hendak dijadikan cerita, dia mengemas kini status di laman sosial menyatakan akan berangkat ke Johor bagi meneruskan pengajian.

“Lepas saya muat naik status itu, dia terus mesej saya di Whatsapp dan bertanya ‘nak berangkat dah ke. Nanti dulu, ada kirim barang’.

“Dua hari sebelum berangkat ke Johor, saya terima bungkusan yang dia pos. Lepas buka bungkusan, saya terkejut dan rasa nak menangis sebab tak sangka, dia betul-betul hadiahkan apa yang saya idamkan. Warna kegemaran saya pula.

“Saya terus mesej kawan saya ni dan marah dia sebab susah payah belikan saya hadiah yang mahal, sebab saya tahu harga Al-Quran itu,” ceritanya.

Saya selalu meluahkan masalah saya kepada dia. Jadi dalam warkah itu, dia kata dia cemburu Allah sering menguji saya. Dan dia juga berkata setiap kali baca Al-Quran itu, ingatlah dirinya

AIZA ERME

Aiza yang kini sedang menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di Johor berkata, apa yang lebih terharu, rakannya turut menyelitkan sekeping warkah beserta hadiah tersebut.

“Saya selalu meluahkan masalah saya kepada dia. Jadi dalam warkah itu, dia kata dia cemburu Allah sering menguji saya. Dan dia juga berkata setiap kali baca Al-Quran itu, ingatlah dirinya,” cerita Aiza dalam nada terharu.

Tweet Aiza yang dikongsi di Twitter mengenai hadiah yang diberi sabat baiknya. 

Bercerita mengenai sahabatnya itu, Aiza berkata mereka sudah berkawan rapat sejak tiga tahun lalu ketika masing-masing menuntut di Politeknik Kuantan.

“Kini kami terpisah dengan jarak apabila masing-masing menyambung pengajian, saya di Johor, dia pula di Terengganu, namun kami sering berhubung.

“Dia bagi saya sangat istimewa. Dia sangat baik dan lemah tutur katanya. Dia lah yang selalu menegur jika saya terkhilaf.

“Bagi saya, kawan yang baik bukan sekadar mencurahkan duit ringgit, tetapi mampu mengingatkan kita kepada Allah dan akhirat,” akhirinya.  

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain