suria

Naik BMW, asyik cerita hal kekayaan walau tak ada yang bertanya, tapi minum minta bil asing - “Saya bayar tak baik claim... haram”

Sebahagian tweet Lutfi mengenai kisah itu di Twitter.

TIDAK berniat membuka aib sebaliknya mahu berkongsi pengalaman sahaja, demikian kata seorang jejaka berhubung perkongsiannya di Twitter.

Posting Muhammad Lutfi Daud, mengenai kenalan kepada rakannya yang asyik bercerita mengenai kekayaan sewaktu mereka bertemu pada minggu lalu menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 27 tahun yang mesra disapa Lutfi mengakui kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan kerana tidak henti-henti bercerita mengenai dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucap hai tak dilayan, pelajar dapat ‘pengajaran’ berkawan dengan awek nampak kaya di IG, “Dia mesej saya bila nak minta duit saja”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gigit jari’ telefon lesap, pemuda dedah bagaimana kena game dengan penipu duit palsu, “Datang lambat... isteri bertudung, nampak macam orang berduit”

"Masa tu tengah lepak berdua dengan kawan, kemudian kenalan dia datang. Kami pun minum-minum.

"Saya tak ada isu dia kaya atau tidak, tapi asyik cerita kekayaan dia. Asyik tengok CCTV kat rumah, cerita pasal kekayaan yang tak ada siapa tanya.

"Cerita hal nak beli rumah, nak beli kereta. Saya rasa tak sesuai dia nak bercerita waktu itu, sebab saya pun tak kenal dia," ujarnya.

Dia kata boleh tuntut RM12,000 untuk hiburan setiap bulan. Saya cakap saya bayar, tak baik claim, haram. Saya tak bagi sebab saya rasa tak baik untuk dia claim.

MUHAMMAD LUTFI DAUD

Tambah Lutfi, lelaki itu juga meminta agar bil mereka diasingkan sebelum Lutfi memberitahu dia akan bayar kesemua harga minuman mereka.

Lebih teruk lagi, lelaki yang mendakwa dirinya kaya dan menaiki kereta mewah itu turut meminta resit bayaran daripada Lutfi dan mahu menggunakannya untuk membuat tuntutan dengan syarikatnya.

Posting Lutfi di Twitter.

"Dia kata boleh tuntut RM12,000 untuk hiburan setiap bulan. Saya cakap saya bayar, tak baik claim...haram.

"Saya tak bagi sebab saya rasa tak patut untuk dia claim," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen turut memberi respons berhubung perkongsian Lutfi.

Tidak kurang juga netizen yang berkongsi pengalaman serupa menerusi ruangan balas posting berkenaan.

Bukan mahu membuka aib, sebaliknya Lutfi sekadar berkongsi cerita sahaja di Twitter.

"Selalunya orang kaya kalau start cerita pasal dia punya kekayaan ni, dengan cara show off sebegitu, maka eloklah kita angkat kaki supaya tak berlaku perkara yang tak diingini.

"Pernah juga jumpa orang macam ni. Sembang taknak kalah. Pada hal tak ada siapa tanya pun. Dah boleh agak perangai bila letak kunci kereta atas meja... pakai Audi je pun.

'Hehehe aku pun ada jenis kawan macam ni. Jenis yang suka sembang kaya tapi sekarang dah tak kawan," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain