suria

Rakan kata seiras, tuan punya badan puas tenung tapi tak nampak persamaan... gadis cari bro bertopi keledar - “Aku nak jumpa kembar aku”

Wajah Nornadia dikatakan sama oleh rakan-rakannya dengan seorang pemuda yang tidak dikenali. -foto Nadia

KATA orang tua-tua, dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah sama atau seiras dengan kita, namun sejauh mana benarnya kepercayaan itu, terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat tafsiran.

Gara-gara dikatakan wajah seiras, seorang penuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Nornadia Abdul Rashid sedia bertemu dengan pemuda yang dikaitkan dengan dirinya.

Siswi berusia 20 tahun yang kini berada di semester akhir pengajian Diploma Teknologi Makanan di kampus Politeknik Kuantan, Pahang itu memberitahu mahu mencari 'kembarnya' itu.

ARTIKEL BEKAITAN: “Ramai datang isi minyak & berkenalan” - Pemuda seiras Syafiq Kyle

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Lelaki botak jadi perhatian media antarabangsa selepas terserempak ‘klon’ di majlis kahwin, “Saya macam tengok diri sendiri”

"Minggu lalu kawan saya tunjuk sekeping gambar seorang lelaki yang pakai topi keledar dan kemudian dia terus main teka-teki.

"Dia tanya saya, wajah lelaki itu macam iras siapa. Saya pun tenung dan tengok gambar itu... memang tak tahu macam siapa. Lagipun agak terkejut keluar soalan macam itu secara tiba-tiba.

Posting Nornadia mencari lelaki yang dikatakan mempunyai wajah seirasnya mendapat lebih 2,000 ulang kicau.

"Jadi untuk menjawab teka-teki itu, saya meminta rakan-rakan sekelas tengok gambar itu dan semuanya cakap memang ada iras wajah saya.

"Saya tak mengaku dan memang nafikannya. Jadi saya cuba muat naik gambar tu di Instagram dan buat undian sama ada wajah lelaki itu sama atau tidak dengan muka saya. Rata-rata jawab sama," kongsinya kepada mStar.

Jelas gadis kelahiran Johor Bahru ini, untuk memuaskan hatinya, dia memuat naik satu posting di Twitter dalam usahanya mencari pemuda tersebut.

Tetapi hakikatnya sampai sekarang saya masih mencari persamaan wajah saya dengan lelaki itu.

NORNADIA ABDUL RASHID

"Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang serius, tapi sekadar suka-suka untuk hilangkan rasa stres ketika menyiapkan tugasan akhir. Tak sangka ramai pula yang retweet dan tolong panjangkan posting saya itu kepada pemilik wajah itu.

"Saya memang tak kenal dia, tetapi kalau tak silap dia Instafamous sebab muka dia agak familiar kalau tanpa topi keledar.

"Tetapi hakikatnya sampai sekarang saya masih mencari persamaan wajah saya dengan lelaki itu," jelas anak kedua daripada tiga beradik ini.

Antara komen terhadap posting yang dimuat naik Nornadia.

Dalam pada itu, Nornadia memberitahu, dia tidak terkejut jika benar dia memiliki wajah seiras dengan orang yang tidak dikenali kerana ia memang selalu terjadi.

"Saya yakin pasti ada orang lain yang mukanya sama dengan kita. Ia boleh berlaku di mana-mana. Jadi apabila dikatakan wajah kami sama, ia tidaklah terlalu pelik," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
seiras, kembar, wajah, klon

Artikel Lain