Hebat lakonan ‘pengemis’ ini! Tak fikir baik, jahat peniaga terus senduk nasi goreng, bagi duit tambang - “Makcik cepat tersentuh tengok orang susah”

Kisah Rozana Musa (kanan) mendapat perhatian selepas video yang memaparkan dirinya memberi makanan dan duit kepada seorang 'pengemis' tular di laman sosial.Kredit: FB Papan Budi Channel

“MAKCIK kesian tengok pemuda tu, dia kata belum makan, mahu ke Muar pula. Tanpa berfikir panjang, makcik terus cedok nasi goreng dan bungkus air untuknya.”

Demikian cerita Rozana Musa, selepas video yang memaparkan dia memberi makanan dan minuman kepada seorang pemuda yang mengaku kesempitan wang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah terima sedekah, Tok Bibah jual botol kosong, barang lusuh cari rezeki... mampu hantar anak angkat masuk universiti! 

ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Cina bantu pelajar UiTM terima ganjaran, tempias ke siswi juga - “Cadang nak sedekah tolong kawan-kawan susah” 

Berkongsi cerita kepada mStar, Rozana yang mesra dengan panggilan Makcik Ana berkata, dia langsung tidak menyangka rupa-rupanya pemuda tersebut hanya mahu menguji keikhlasan hatinya.

“Masa itu makcik memang tak fikir dia jahat ke, nak tipu ke. Hanya fikir kesian saja sebab dia kata belum makan.

“Makcik cepat tersentuh kalau tengok orang susah, jadi niat nak tolong hanya kerana Allah. Tak sangka rupa-rupanya ‘prank’. Itu yang makcik ketawa bila dapat tahu,” kata wanita berusia 43 tahun ini.

Tangkapan skrin (screenshot) daripada video yang tular di laman Facebook ketika pemuda berkenaan meminta makanan di gerai Rozana. 

Baru-baru ini video yang memaparkan Rozana memberi nasi goreng dan teh ais kepada seorang pemuda yang mengaku kesempitan wang tular di laman sosial Facebook.

Rozana, seorang peniaga gerai makanan yang terletak di Jalan Temenggong, Segamat, Johor turut menghulurkan duit tambang kepada pemuda berkenaan tanpa mengetahui pemuda tersebut hanya menyamar.

Dalam video berdurasi 10:29 minit itu, pemuda berkenaan kemudiannya menerangkan situasi sebenar di mana video berkenaan hanya merupakan sebuah eksperimen sosial dan berkonsepkan kerja amal.

Makcik tak harap pun dipuji, hati ini buat hanya kerana Allah. Pada yang memuji dan beri komen yang baik, saya ucapkan terima kasih.

ROZANA MUSA

Sebagai balasan kepada keikhlasan Rozana, pemuda itu kemudian memborong kesemua makanan yang dijual wanita itu.

Video itu mendapat reaksi positif daripada netizen dengan rata-rata memuji keikhlasan Rozana menghulurkan bantuan tanpa prasangka.

“Rasa sebak dan terharu melihat keikhlasan makcik ini. Bukan saja makanan, malah siap bagi duit tambang lagi. Syukurlah. Semoga makcik sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu,” tulis seorang pelayar laman itu.

Antara komen netizen yang memuji keikhlasan Rozana.

Dalam pada itu, Rozana menyifatkan kejadian tersebut merupakan antara kenangan manisnya sepanjang hampir tujuh tahun berniaga sarapan pagi di gerai itu.

“Kenangan yang manis dan tak dapat dilupakan. Sebenarnya kejadian itu sudah lama, kira-kira sebulan lalu tapi hanya baru-baru ini viral.

“Selepas viral, ramai orang perasan dan tegur. Pergi hospital hari itu ada yang tanya,  tersipu-sipu malu makcik dibuatnya bila ramai kenal.

“Makcik tak harap pun dipuji, hati ini buat hanya kerana Allah. Pada yang memuji dan beri komen yang baik, saya ucapkan terima kasih,” akhirinya. 

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain