Jari ‘rare’ macam nak patah, bakal doktor gigi ini pernah ditegur ketika rawat pesakit! - Viral | mStar

Jari ‘rare’ macam nak patah, bakal doktor gigi ini pernah ditegur ketika rawat pesakit!

Jari Farah yang boleh dibentuk menjadi bentuk hati.

BAKAT unik seorang gadis yang boleh membuat bentuk hati menggunakan dua jarinya ternyata mengejutkan netizen.

Menerusi foto tular yang dimuat naik di Twitter, ramai yang tertanya-tanya mengenai kebolehan itu, tidak kurang juga yang berjenaka mengenainya.

Empunya badan, Farah Hazwani Jumadi, 24, sewaktu dihubungi mStar mendedahkan dia sedar akan kebolehan unik dirinya itu sejak kecil lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat kerja sebab ibu jari menakutkan, gadis 24 jari dituduh ‘edit’ gambar

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej tular gara-gara miliki ibu jari terlebih panjang

Malah, dia juga sering menjadi perhatian rakannya sehingga diminta membuat bentuk hati menggunakan jari dalam persembahan nasyid yang disertainya.

"Saya sebenarnya memang dari kecil jari jenis yang fleksibel, malah kawan-kawan sekolah pun memang suka main dengan jari saya. 

Foto jari Farah yang tular di Twitter.

"Tetapi untuk bentuk hati tu memang spefisik saya buat bila kawan minta semasa latihan nasyid dekat Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya (UM).

"Mereka yang minta nak tengok kalau-kalau saya boleh buat bentuk love," ujarnya pada Rabu.

Ramai je yang kaitkan jari saya dengan several medical condition atau sindrom macam Marfan's syndrome. Tapi untuk kes saya, memang tak ada kena mengena dengan keadaan tu, ia sekadar jari fleksibel je.

FARAH HAZWANI JUMADI

Mengulas komen-komen netizen, dia yang mesra disapa Farah mengakui terhibur dan langsung tidak ambil hati dengan segelintir individu yang berjenaka mengenainya.

Malah, pensyarah juga pernah menegur bentuk jarinya dan bertanyakan jika dia mengalami sebarang penyakit.

"Ramai je yang kaitkan jari saya dengan several medical condition atau sindrom macam Marfan's syndrome. 

"Tapi untuk kes saya, memang tak ada kena mengena dengan keadaan tu, ia sekadar jari fleksibel je.

Posting tular di Twitter.

"Even masa saya study, lecturer pun tegur jari saya masa saya tengah rawat pesakit sebab dia curious kalau-kalau saya sakit," ujar graduan bidang pergigian itu.

Sehingga kini, posting melibatkan foto jari Farah menerima hampir 40,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen mereka menerusi ruangan balas posting berkenaan.

"Love dia sumpah rare gila. Dah macam nak patah jari tu.

"Serius laa boleh buat love macam tu?

"Siapa nak try buat sila la ambil insurans dulu," komen beberapa netizen secara berjenaka.

Farah Hazwani Jumadi , jari , unik , bakat , fleksibel

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini